Sedang mencari homestay di Shah Alam, Selangor
Semua pelawat mesti diluluskan.
Bilangan penginap mesti sama jumlah dengan borang tempahan.
Dilarang membawa tetamu yang bukan penginap ke dalam rumah.
Penginap tidak boleh membawa makanan dan minuman yang tidak halal ke dalam premis.
Penyediaan makanan dan minuman yang tidak halal tidak dibenarkan.
Hormati tuan rumah, jiran, dan pihak keselamatan taman.
Bilik tidur adalah peribadi (untuk anda sahaja).
Hos anda bukan perokok. Merokok tidak dibenarkan sama sekali di dalam rumah. Anda hanya boleh merokok di luar rumah.
Dilarang membuat bising atau melakukan sebarang aktiviti yang mengganggu ketenteraman jiran.
Majlis / event / parti tidak dibenarkan sama sekali.
Shooting drama, filem, iklan dan sesi photoshoot hanya dibenarkan dengan syarat adanya pemantauan dari pihak kami.
Sila jaga dengan baik peralatan yang disediakan. Jika terdapat kanak-kanak awasi anak-anak anda. Contohnya melompat-lompat di atas tilam atau sofa, menconteng dinding rumah atau perabot; atau kelakuan lain yang boleh menyebabkan kerosakan kepada peralatan rumah.
Sila jaga kebersihan.
Sila bersihkan semua peralatan dapur yang telah digunakan.
Di larang sidai tuala lembab di dalam almari pakaian.
Dilarang sidai baju basah di dalam rumah.
Dilarang menyimpan makanan atau minuman yang panas di dalam peti sejuk.
Dilarang membuang tuala wanita dan tisu ke dalam mangkuk tandas.
Di larang membuang lampin bayi di dalam bakul sampah di dalam bilik tidur. Sila buang di tong sampah yang disediakan di dalam tandas. Jika sampah terlau banyak di dalam tong sampah tandas sila buang di tong sampah yang disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam di luar pagar.
Di larang melakukan aktiviti yang boleh ditakrifkan sebagai vandalisme.
Sila gunakan remote control semasa on atau off unit aircond untuk mengelakkan gangguan kuasa dan aircond akan mengambil masa yang lama untuk dihidupkan semula.
Matikan suis selepas menggunakan alat elektrik seperti seterika, pengering rambut dan alat-alat elektronik lain.
Semasa check-out buang sampah, matikan suis, kunci pintu, dan pulangkan kunci.
Tuan-puan yang dihormati! Sila baca terma dan syarat sebelum membuat pembayaran. Jika pembayaran telah dibuat ini bermakna anda telah bersetuju dengan segala terma dan syarat di bawah:
Perhatian: Pihak kami tidak terikat untuk menyediakan penginapan sekiranya tiada Deposit Sekuriti yang dibayar. Tempahan hanya sah (confirmed) setelah bayaran Deposit Sekuriti diterima di dalam akaun kami.
Harga
Harga mengikut pakej yang ditawarkan. Harga termasuk penginapan serta khidmat housekeeping.
Bilangan Maksimum Penginap
Bilangan maksimum tidak melebihi 12 orang dewasa termasuk kanak-kanak.
Kami hanya menerima 1 tempahan pada satu-satu masa atau satu tarikh. Jika anda menempah contohnya hanya 1 bilik Master Bedroom, bilik yang lain akan dikunci.
Bilangan penginap yang check-in mesti sama jumlah seperti dalam borang tempahan.
Khas untuk Muslim Sahaja
Rumah kami khas untuk MUSLIM sahaja. Pasangan bukan muhrim juga dilarang menyewa homestay ini.
Makanan yang halal sahaja yang dibenarkan di bawa masuk.
Aktiviti maksiat adalah dilarang.
Larangan
Dilarang membawa masuk tetamu luar yang bukan penginap ke dalam Sharlina Guesthouse atas apa tujuan pun.
Dilarang membawa haiwan peliharaan.
Dilarang membawa dadah atau senjata tajam.
Dilarang menghisap rokok / vape / paip di dalam rumah. Bau kesan rokok sukar dinyahbau dan boleh menganggu keselesaan penginap seterusnya. Deposit akan dipotong sebanyak RM100 jika terdapat kesan bau atau habuk rokok.
Dilarang membawa masuk durian ke dalam rumah kerana bau durian sukar dinyahbau segera dan boleh menganggu penginap seterusnya. Jika perlu makan anda boleh menikmati durian di ruang dapur outdoor yang disediakan.
Dilarang membawa makanan atau buah-buahan di atas katil, terutamanya buah naga, buah beri dan manggis.
Dilarang membuat bising terutamanya pada waktu malam terutamanya selepas jam 10 PM hingga menganggu jiran.
Dilarang meletak kenderaan di hadapan rumah jiran atau penduduk lain. Homestay ini mampu memuatkan 3 tempat letak kereta bersaiz biasa. Jika anda mempunyai lebih daripada itu dan saiz yang besar, sila letak kereta anda di tempat letak kereta yang dikhaskan untuk pendaki (hiking) berdekatan pos pengawal keselamatan. Jika penginap meletak kenderaan di tapak yang disediakan, segala risiko perlu ditanggung oleh mereka sendiri.
Majlis / event / parti / tidak dibenarkan sama sekali kerana dikhuatiri menganggu ketenteraman jiran.
Dilarang tidur malam di atas sofa. Sila tidur di atas katil dan tilam extra yang disediakan.
Di larang memasak makanan bergoreng atau berkuah di dalam pantry / dewan kaca. Anda hanya boleh menggunakan microwave, periuk nasi elektrik, dan cerek elektrik di dalam pantry. Untuk memasak makanan yang bergoreng dan berkuah sila gunakan outdoor kitchen. Tutup semua pintu / sliding door untuk mengelakkan asap dan minyak masuk ke dalam rumah.
Di larang memasak makanan dalam kuantiti besar yang boleh ditakrifkan sebagai persediaan jamuan sederhana atau besar-besaran / majlis makan-makan. Kami hanya membenarkan anda memasak dalam kuantiti kecil atau yang ringan sahaja untuk keluarga anda yang menginap.
Di larang membuat BBQ.
Dilarang makan atau minum di atas katil.
Di larang menyimpan makanan di dalam bilik tidur.
Dilarang menyimpan masakan atau minuman yang panas di dalam peti sejuk. Jika anda memasukkan air panas atau masakan panas terus ke dalam peti sejuk maka ia akan menyebabkan peti sejuk boleh rosak.
Akses Internet
Jika akses Internet WiFi disediakan, tetamu perlu menggunakan akses ke Internet secara adil dan sewajarnya. Kami mungkin memantau prestasi rangkaian dan penggunaan pengguna untuk mengekalkan tahap perkhidmatan yang adil dan tinggi kepada semua tetamu kami.
Akses Internet yang disediakan adalah bertujuan untuk kegunaan umum seperti capaian ke world wide web, e-mel, pemesejan, media sosial, video / muzik / penstriman media ringan. Ia tidak bertujuan atau sesuai untuk penstriman media berat, permainan dalam talian, muat turun / muat naik yang meluas.
Akses kepada aktiviti haram atau penggunaan rangkaian kami untuk aktiviti haram seperti berjudi, menipu, atau perniagaan haram dilarang sama sekali dan akan dilaporkan kepada pihak berkuasa.
Kerosakan Peralatan dan Kehilangan Barang
Tetamu bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan yang disebabkan kecuaian atau kehilangan peralatan yang berlaku kepada bilik yang diperuntukkan atau harta rumah yang disebabkan oleh anda atau mana-mana orang dalam kumpulan / keluarga anda (sama ada menginap di rumah atau tidak) semasa penginapan. Sila berhati-hati dengan kemudahan penginapan kami.
Sila kendalikan semua peralatan elektrik dan perabot termasuk peralatan tandas dengan baik dan berhati-hati, apa-apa kerosakan / pecah akibat kecuaian tetamu, Deposit akan dipotong atau ditahan hinggalah taksiran dibuat.
Tetamu juga bertanggungjawab terhadap kehilangan barang yang berada di dalam rumah semasa menginap.
Sekuriti Deposit
Bagi pengesahan tempahan Sekuriti Deposit perlu di bayar sebanyak RM100. Sekuriti deposit tidak akan dipulangkan jika anda membatalkan tempahan, melanggar peraturan rumah yang telah ditetapkan seperti terdapat kesan asap, habuk atau bau rokok, merosakkan peralatan rumah, tilam terkena air kencing atau najis, terdapat kehilangan barang-barang atau peralatan rumah, membawa masuk durian, dan rumah ditinggalkan di dalam keadaan kotor.
Sewa Harian
2 hari sebelum check-in bayaran Sewa Harian penuh perlu dijelaskan. Jumlah bayaran = Sewa Harian + Sekuriti Deposit. Kesimpulannya Sewa Harian tidak termasuk Sekuriti Deposit.
Tempahan
Tempahan hanya akan disahkan jika Borang Tempahan telah diisi dan Sekuriti Deposit telah dijelaskan. Tempahan tidak boleh dibatalkan hanya boleh diubah tarikh. Deposit tidak akan dipulangkan jika tempahan dibatalkan kerana kami telah menolak tempahan untuk pelanggan lain.
Check-in dan Check-Out
Check in 3.00 petang, check out 12.00 tengahari. Sila beri kerjasama untuk check-out tepat pada masa yang telah ditetapkan supaya tidak mendatangkan masalah kepada kami untuk melakukan kerja-kerja housekeeping dan menjejaskan persediaan mengurus pelanggan seterusnya.
Setelah check-out, Sekuriti Deposit RM100 akan dikembalikan sepenuhnya jika tiada kehilangan barang, tiada kerosakan barang atau peralatan rumah, premis ditinggalkan dalam keadaan bersih dan kemas, dan tiada kesan asap atau habuk rokok di dalam rumah.
Bayaran sewa tidak dikembalikan jika tempahan dibatalkan setelah tetamu check-in eg. check out awal.
Sila bersedia untuk daftar masuk sendiri ( Daftar Masuk Layan Diri ) sekiranya pemilik atau wakil pemilik tidak dapat hadir untuk proses daftar masuk . Langkah-langkah atau prosedur akan diberikan pada hari check-in atau sebelum anda sampai.
Sebelum check-out sila pastikan anda tidak tertinggal barang-barang peribadi.
Sila tutup semua tingkap dan kunci pintu apabila keluar dari rumah.
Sila tutup semua aircond, kipas apabila keluar dari rumah.
Keselamatan
Penyimpanan barangan peribadi adalah tanggungjawab penyewa sendiri. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan harta benda kepunyaan penyewa.
Pemilik rumah tidak dapat menjamin keselamatan tetamu daripada kejadian termasuk kemalangan, kematian, rusuhan, kecurian dan seumpamanya. Pemilik rumah tidak akan bertanggungjawab ke atas kehilangan atau kerosakan harta benda yang ditinggalkan di dalam bilik tetamu dan / atau di dalam rumah pemilik semasa penginapan tetamu. Para tetamu dinasihatkan untuk mendapatkan insurans untuk melindungi kehilangan wang, barang berharga, bagasi, barangan peribadi, kerosakan, atau kecederaan peribadi.
Khidmat Pembersihan
Sharlina Guesthouse tidak menyediakan khidmat seperti pembersihan bilik / rumah semasa tetamu menginap.
Sila pastikan kebersihan dijaga pada setiap masa sepanjang tempoh penginapan. Sila kosongkan sampah ke dalam kotak sampah setiap kali beg plastik sampah penuh dan dilupuskan dengan betul atau dibuang ke dalam tong sampah Majlis Bandaraya Shah Alam yang disediakan di luar pagar rumah. Basuh peralatan dapur seperti pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garfu dan lain-lain setelah digunakan.
Jika anak anda masih kecil dan mempunyai masalah kencing malam sila pakaikan lampin bagi menjaga kebersihan tilam daripada terkena air kencing.
Tanggungjawab dan amanah
Sila hormati rumah kami supaya kedua pihak merasa selesa. Anggap ia sebagai rumah anda sendiri dan menjaganya dengan baik sepanjang tempoh penginapan anda.
Kepatuhan kepada Terma dan Syarat
Sila patuhi Peraturan Standard Rumah dan amanah yang telah diberikan.
Apabila anda telah membaca terma dan syarat yang dinyatakan di dalam laman web kami, anda dianggap telah bersetuju dengan syarat-syarat tersebut sebelum membuat tempahan dan bayaran.
Pihak kami berhak untuk membatalkan, meminda atau mengubah penyusunan dan kandungan yang dipaparkan di laman web kami. Kami juga berhak menukar atau menambah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu.
Cara Tempahan
Tempahan untuk penginapan hanya boleh dilakukan menggunakan WHATSAPP SAHAJA di no 011-2750 9011.
Kami hanya menggunakan satu nombor telefon sahaja untuk mengelakkan penipuan oleh scammer. Kesimpulannya tempahan hanya sah dengan menggunakan aplikasi WhatsApp di no 011-2750 9011.