Sharlina Guesthouse
RUMAH KEDUA KITA
Sedang mencari homestay di Shah Alam, Selangor
Selamat datang ke Sharlina Guesthouse Shah Alam. Kami komited untuk menyediakan penginapan yang selesa dan kemudahan serba lengkap.
Terletak di perbandaran hijau Bukit Bandaraya, Shah Alam, Sharlina Guesthouse ialah destinasi istirehat untuk anda yang inginkan ketenangan dan kedamaian.
Kami menggabungkan keanggunan rekaan Itali & Scandinavia dengan kehangatan hospitaliti Muslim. Dikelilingi oleh bukit-bukau dan tasik yang damai, penginapan anda di sini adalah lebih daripada sekadar bermalam. Ia adalah sebuah pengalaman yang bermakna.
Tempah rumah percutian anda pada harga terbaik dan kediaman yang serba lengkap
Sharlina Guesthouse menjemput anda datang ke Shah Alam, Selangor. Shah Alam boleh menjadi lokasi pertama lawatan anda ke Selangor. Sekiranya jiwa anda lebih tertarik dengan kemeriahan ibu kota, sewajarnya memilih penginapan di tengah bandaraya. Sama ada anda ingin mencari homestay atau rumah tamu untuk berehat atau melancong di Shah Alam Selangor, kami di Sharlina Guesthouse sedia membantu anda mendapatkan rumah tamu atau penginapan yang selesa, aman, moden dan mempunyai kemudahan yang lengkap. Sharlina Guesthouse adalah sesuai bagi anda yang mengutamakan privasi sepanjang penginapan.
Rumah tamu kami adalah muslim friendly dan terletak dalam suasana hijau yang tenang.
Rumah tamu kami terletak di Bukit Bandaraya, Shah Alam dan merupakan lokasi yang strategik yang berdekatan dengan pusat bandar dan bandar-bandar berhampiran seperti Subang Jaya, Petaling Jaya, Klang, dan Kuala Lumpur. Para penginap boleh dengan mudah mengakses kemudahan seperti hospital, klinik, pusat membeli-belah, bengkel kenderaan, tempat riadah, dan pejabat kerajaan.
Persekitaran taman perumahan dengan kualiti udara terbaik serta dikelilingi oleh alam semula jadi flora dan fauna. Rumah tamu kami dibina oleh pemaju dengan mengutamakan senibina Rom. Senibina Rom adalah antara banyak ciri unik yang ditawarkan oleh Bukit Bandaraya Shah Alam sebagai sebuah perbandaran yang indah.
Masjid/Surau
Surau At-Taqwa Bukit Bandaraya 700 m (2 minit menaiki kenderaan)
Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah S 6.8 km (13 minit menaiki kenderaan)
Pendidikan
Unisel 5.7 km (11 minit menaiki kenderaan)
Universiti Teknologi MARA Shah Alam 5.8 km (10 minit menaiki kenderaan)
Management and Science University (MSU) 10.2 km (19 minit menaiki kenderaan)
Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 11.7 km (24 minit menaiki kenderaan)
Kesihatan
Shah Alam Hospital 6.3 km (13 minit menaiki kenderaan)
Avisena Specialist Hospital 8.0 km (14 minit menaiki kenderaan)
MSU Medical Centre 9.9 km (19 minit menaiki kenderaan)
KPJ Selangor Specialist Hospital 12.4 km (18 minit menaiki kenderaan)
Subang Jaya Medical Centre 16.7 km (23 minit menaiki kenderaan)
Rekreasi
Tasik Cermin 500 m (3 minit berjalan kaki)
Shah Alam Community Forest Trail 500 m (3 minit berjalan kaki)
Taman Botani Negara Shah Alam 3.3 km (9 minit menaiki kenderaan)
Wet World Water Park Shah Alam 5.9 km (11 minit menaiki kenderaan)
Taman Tasik Shah Alam 5.8 km (10 minit menaiki kenderaan)
Dataran Kemerdekaan Shah Alam 6.8 km (13 minit menaiki kenderaan)
Taman Persahabatan Selangor - Jepun 6.8 km (13 minit menaiki kenderaan)
Sultan Abdul Aziz Shah Golf & Country Club 10.8 km (21 minit menaiki kenderaan)
Membeli-belah
99 Speedmart Seksyen 8 3.8 km (6 minit menaiki kenderaan)
ST Rosyam Mart 6.4 km (13 minit menaiki kenderaan)
Plaza Shah Alam 6.3 km (12 minit menaiki kenderaan)
Plaza Alam Central 6.6 km (14 minit menaiki kenderaan)
Kompleks PKNS Shah Alam 7.1 km (12 minit menaiki kenderaan)
SACC Mall 7.1 km (12 minit menaiki kenderaan)
UTC Selangor/Anggerik Mall 7.6 km (14 minit menaiki kenderaan)
i-City 8.9 km (17 minit menaiki kenderaan)
Lotus Shah Alam 8.2 km (16 minit menaiki kenderaan)
AEON Mall Shah Alam 9.2 km (18 minit menaiki kenderaan)
UpTown Shah Alam 11 km (18 minit menaiki kenderaan)
Setia City Mall 14.1 km (33 minit menaiki kenderaan)
Pusat Kovensyen
Shah Alam Convention Centre (SACC) 6.6 km (11 minit menaiki kenderaan)
IDCC Ideal Convention Centre Shah Alam (16 minit menaiki kenderaan)
Setia City Convention Centre 13.9 km (250 minit menaiki kenderaan)
Pusat Budaya
Muzium Sultan Alam Shah 7 km (14 minit menaiki kenderaan)
Dewan Kahwin
Laman Kayangan Shah Alam 5.5 km (10 minit menaiki kenderaan)
Dewan Raja Muda Musa 5.7 km (11 minit menaiki kenderaan)
Dewan Lavender Seksyen 7 6.9 km (12 minit menaiki kenderaan)
Dewan Sri Hatinie Glassview 7 km ( 13 minit menaiki kenderaan)
D’Kathira Wedding Hall 7 km (12 minit menaiki kenderaan)
Dewan Tengku Zara 10.9 km (15 minit menaiki kenderaan)
Kamalinda Events & Weddings 12.5 km (22 minit menaiki kenderaan)
Urban Park Hall 14.8 km (8 minit menaiki kenderaan)
Asiana Grand Hall 14.9 km (25 minit menaiki kenderaan)
Laman Qasrina 24 km (35 minit menaiki kenderaan)
Rumah Abang Jamil 25 km (35 minit menaiki kenderaan)
Pusat Makanan
Kafe Sorok 1.1 km (3 minit menaiki kenderaan)
Restoran Soto Shah Alam 3.7 km (7 minit menaiki kenderaan)
Restoran Zai Sri Gemilang 3.9 km ( 7 minit menaiki kenderaan)
Dobi Layan Diri
Ke SS Speed Clean Coin Laundry 3.8 km ( 7 minit menaiki kenderaan)
Anda mendapat akses mudah dari homestay lebuh raya utama Lebuhraya Baru Lembah Klang / New Klang Valley Expressway (NKVE) & Lebuhraya Persekutuan & Lebuhraya Persisiran Pantai Barat / West Coast Expressway (WCE).
Ke Bandar Berdekatan
Menghubungkan ke pelbagai pusat bandar seperti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sunway, Puchong, Klang, Setia Alam, Cyberjaya, Putrajaya, KLIA, dan Kuala Selangor.
Ke Kuala Lumpur 30 km
Ke Petaling Jaya 17 km
Ke Klang 12 km
Ke Setia Alam 12 km
Ke Cyberjaya 32 km
Putrajaya 40 km
KLIA 50 km
Kuala Selangor 61.3 km
Dewan Kaca (Glass Hall)
Anda dapat menikmati pemandangan tanpa halangan ke ruang luar rumah. Anda juga akan mempunyai lebih ruang untuk bersantai bersama keluarga. Bilik kaca adalah ruang yang paling damai dan menenangkan di dalam rumah.
Pepustakaan Mini
Anda boleh berkongsi masa bersama-sama keluarga membaca buku di ruang perpustakaan mini kami.
Pengemasan Rumah (Housekeeping)
Bilik tamu dan ruang dalaman akan di cuci dan di sanitasi sebelum ketibaan anda.
Dan berbagai lagi...
Lihat semua kemudahan >
Reka bentuk dalaman adalah Minimalis Eklektik (Eclectic Minimalist) yang menggabungkan gaya Bauhaus, Scandinavian, dan Italian. Pendekatan reka bentuk dalaman yang moden ini menggabungkan unsur-unsur daripada pelbagai gaya untuk mencipta ruang yang menarik, berfungsi dan tersusun secara visual. Setiap perabot dan hiasan umumnya minimalis dan dipilih dengan teliti dengan menggunakan pendekatan "form follow function" dan "less is more".
Reka bentuk moden yang dipilih memberi tumpuan kepada kesederhanaan dan kebolehfungsian. Kami inginkan ruang dalaman yang bersih tanpa hiasan yang sarat dengan penekanan pada bentuk geometri, warna neutral, bahan semula jadi, dan perabot yang licin. Dengan mengelakkan penggunaan barang hiasan yang berlebihan, ruang tamu atau bilik tidur akan tampil lebih lapang dan teratur. Kami percaya penyediaan ruang yang tenang dan teratur adalah kunci untuk mengekalkan keseimbangan minda dan emosi para pelanggan kami.
Kami memilih katil yang sesuai dengan apa juga saiz badan dan cara tidur anda.
Bilik Tidur Utama (Katil King) mempunyai ruang yang luas dilengkapi dengan duvet, 2 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, kabinet sideboard, kerusi, set meja solek, seterika, iron board, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, soket kuasa, tandas, water heater, dan paip untuk mengambil wuduk. Terdapat ruang yang selesa untuk solat.
Bilik Standard (Katil Queen/Kelamin) dilengkapi dengan duvet, 2 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, bangku, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, dan soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit. Terdapat ruang yang selesa untuk solat.
Bilik Tamu dilengkapi dengan katil kelamin (double) dan laci storan untuk menangani keperluan utama penginap.
Kelengkapan lain termasuk duvet, 2 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, bangku, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, dan soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit. Terdapat ruang yang selesa untuk solat.
Kami menyediakan katil bujang yang berkualiti untuk keselesaan penginap supaya mereka dapat tidur malam yang nyenyak.
Bilik Bujang (Katil Bujang) dilengkapi dengan duvet, 1 biji bantal, cadar, sejadah, bakul sampah, lampu tidur, almari pakaian, bangku, unit penyaman udara, kipas siling, jam dinding, penyangkut pakaian, dan soket elektrik untuk mengecas telefon bimbit. Terdapat ruang yang selesa untuk solat.
Dalam menyediakan sistem bilik mandi, kami mengambil kira dari segi pengunaan ruang dan keperluan menyimpan semua yang anda perlukan. Kami menyediakan water heater, sinki, cermin, unit rak dan banyak lagi.
Dalam menyediakan sistem bilik mandi dan tandas, kami mengambil kira dari segi pengunaan ruang dan keperluan menyimpan semua yang anda perlukan. Kami menyediakan water heater, sinki, cermin, unit rak dan banyak lagi.
Bilik Mandi dan Tandas moden yang luas dilengkapi dengan pemanas air, tap wuduk, cermin, penyangkut tuala / pakaian, dan bakul sampah.
Di Homestay Shah Alam (Sharlina Guesthouse) kami menyediakan dapur yang lebih praktikal dan lengkap bagi penyewa jangka pendek dengan ruang kerja mudah alih dengan storan terbuka dan tertutup. Anda boleh memasak pada bila-bila masa. Lokasi dapur yang berhampiran ruang makan menjadikan kerja menghidang makanan menjadi lebih mudah.
Pantri kami dilengkapi dengan dispenser air sejuk /ambien / panas Coway, microwave, jug eletrik, pembakar roti, periuk nasi elektrik, blender, soket kuasa dan peralatan yang berkaitan untuk kemudahan tetamu homestay menyediakan makanan dan minuman. Makanan dan minuman lebih pantas dihasilkan apabila anda mudah mencari bahan yang anda perlukan. Penyelesaian storan dapur yang teratur memudahkan akses kepada menempatkan bekalan dapur.
Nikmati kopi, teh, dispenser air sejuk / ambien / panas, kreamer, dan gula yang disediakan untuk memenuhi keperluan anda sepanjang penginapan di homestay kami.
Dapur moden kami sediakan di homestay kami yang dilengkapi dengan sinki, dispenser air ambien Panasonic, dapur induction, pinggan mangkuk, periuk, dan lain-lain alat kelengkapan memasak yang asas untuk anda memasak untuk keperluan seisi keluarga.
Gunakan mesin basuh, sabun dobi, dan ampaian yang disediakan untuk kemudahan anda mencuci dan mengeringkan pakaian sepanjang penginapan anda di homestay kami.
Dewan kaca berfungsi untuk memecahkan sempadan antara ruang dalaman dan luaran rumah tamu atau homestay. Setiap dinding diperbuat daripada kaca dan mengandungi satu pintu ke bahagian luar, membolehkan akses ke luar rumah dan pengaliran udara yang mudah. Anda boleh menikmati pemandangan secara tembus ke ruang luar rumah.
Glass Hall pelbagai fungsi disediakan supaya pelawat boleh berehat, menikmati hidangan serta bersantai bersama keluarga. Antara kemudahan yang disediakan ialah set meja makan, peti sejuk, unit penyaman udara, bangku, kipas siling, kipas dinding, dan bahan bacaan. Dapur terletak berdekatan dengan dengan Glass Hall. Ruang ini juga boleh digunakan untuk untuk solat berjemaah.
Kami ingin menjadikan meja makan sebagai tempat yang disukai ramai walaupun tiada makanan dihidangkan. Anda boleh menjamu selera atau berkongsi detik-detik manis dengan keluarga dan kawan-kawan. Kami memilih meja dan kerusi yang teguh supaya anda rasa selesa meluangkan masa berkualiti di homestay kami sambil menikmati hidangan bersama insan tersayang.
Ketahui lebih lanjut tentang sejarah, budaya, dan warisan tempatan melalui maklumat yang disediakan dalam bentuk bahan bacaan.
Galakkan kreativiti anak-anak anda dengan bahan bacaan yang disediakan khas untuk mereka.
Nikmati permainan seperti dam ular, chess, ular tangga, dan kiub magik yang disediakan untuk hiburan anda.
Kami sediakan koleksi buku bacaan malam seperti novel, cerpen, dan majalah untuk hiburan sebelum tidur.
Dapatkan bahan makanan seperti mee segera, kacang, Ovaltine 3 in 1, Ais Krim Malaysia, air kotak, susu kotak, dan lain-lain di sudut jualan kami.
Ruang tamu direka bentuk untuk memberi anda ruang yang anda perlukan untuk mengurus semua aspek kehidupan harian anda sepanjang menginap di Shah Alam. Kami menyediakan sofa yang selesa, besar dan panjang. Jadi anda boleh bersantai dengan ahli keluarga dengan menikmati suasana yang nyaman dan selesa di homestay kami.
Ruang Tamu kami di lengkapi dengan set sofa yang besar dan empuk, Wing Chair, bangku tambahan, Smart TV yang terdapat Astro Njoi, unit penyaman udara, kipas siling, dan kipas berdiri, kabinet sisi, bahan bacaan, dan Peti Pertolongan Cemas (First Aid Kit).
Lihat item-item peribadi kami termasuk barang hiasan dan gambar-gambar yang unik.
Relaks dengan minyak pati dan potpourri yang disediakan untuk menikmati aroma yang menenangkan.
Oleh kerana kerja jarak jauh semakin menjadi kebiasaan di banyak tempat, kami telah melihat perubahan besar dalam cara dan sebab orang mengembara. Dengan adanya ruang khusus ini diharap ianya dapat membantu anda melakukan kerja di mana sahaja. Dengan memenuhi keperluan business traveler, kami berharap dapat menawarkan penginapan yang selesa dan produktif untuk pekerja jarak jauh di homestay kami.
Kami percaya kemudahan yang lengkap adalah perlu di dalam sesebuah homestay adalah penting untuk memastikan keselesaan dan kepuasan tetamu. Oleh itu kami menyediakan kemudahan asas yang penting seperti bilik yang luas dan dihias dengan rapi, bilik mandi dan tandas yang bersih, ruang tamu, dapur, meja makan, Internet WiFi, dispenser air sejuk / panas, mesin basuh, parkir kenderaan. Dengan menyediakan kemudahan asas yang lengkap dan berkualiti, ini dapat menjamin kepuasan tetamu dan meningkatkan reputasi homestay kami.
Reka bentuk dalaman kami adalah berdasarkan gaya eklektik minimalis iaitu gabungan antara gaya Scandinavian dan Itali. Tata hias dilakukan dengan teliti untuk mendapatkan suasana yang menenangkan, warna neetral lembut dan sejuk mata memandang. Perabot yang digunakan ialah yang berkualiti, tahan lasak dan selesa untuk digunakan. Susun atur perabot dan peralatan mementingkan ciri praktikal untuk penggunaan harian. Hiasan rumah adalah minimum supaya ruang tidak terasa sesak. Seterusnya pencahayaan semulajadi dimanfaatkan supaya ruang dalaman rumah menjadi cerah dan dapat meningkatkan mood tetamu.
⭐⭐⭐⭐⭐⭐
I had the pleasure of staying at the most charming and cozy homestay! From the moment I arrived, I was impressed by how clean and well-maintained everything was. The house may not be large, but it has an amazing ability to feel both spacious and inviting. Every corner of the place is stunning and perfect for capturing beautiful pictures, making it an ideal spot even for my friend's bridal photoshoots! What you see in the photos is exactly what you get, and I couldn't have asked for a better experience. The owner was easy to communicate with, always responding promptly and answering all my questions. The area was very calm and peaceful, allowing for a restful sleep without any noise pollution. I highly recommend this gem to anyone looking for a memorable getaway in Shah Alam!
Naily Iwani
⭐⭐⭐⭐⭐⭐
alhamdulillah saya dah pernah stay dekat homestay ni memang puas hati ❤️Bersih dan luas , tempat tidur yang sangat selesa 🥰 untuk bahagian bilik air pula memang puas hati ruang besar tak sempit 👍🏻 air shower sejuk , bila mangkit pagi ja bole tgk suasana di luar kawasan rumah ❤️❤️❤️ memang feeling dia best gila rasa mcm nak repeat lagi stay dekat homestay ni 😆😍
Nasrul Idham
⭐⭐⭐⭐⭐⭐
The coziest homestay we’ve ever been to—beautiful, clean, and equipped with everything you might need in a house!! Very recommended, love at the first sight :)
Era Khairul
Grup Homestay Shah Alam: https://www.facebook.com/share/r/1EUzvB5JWM/
Grup Homestay Malaysia: https://www.facebook.com/share/p/1ArFbcR5W6/
Webhomestay.com: https://sharlinaguesthouse.webhomestay.com/
Ya. Kami hanya mengutamakan Muslim kerana kerana kami akan cuba sebaik yang mungkin menerapkan ciri-ciri homestay yang Muslim Friendly iaitu menjalankan perniagaan yang patuh syariah. Oleh itu semasa membuat tempahan bilik pastikan pakej yang dipilih menepati ciri-ciri yang tersebut. Contohnya anak lelaki tidur bersama anak lelaki, anak perempuan tidur bersama anak perempuan.
Ya. Kami hanya mengutamakan Muslim kerana kerana kami akan cuba sebaik yang mungkin menerapkan ciri-ciri homestay yang Muslim Friendly iaitu menjalankan perniagaan yang patuh syariah. Oleh itu semasa membuat tempahan bilik pastikan pakej yang dipilih menepati ciri-ciri yang tersebut. Contohnya anak lelaki tidur bersama anak lelaki, anak perempuan tidur bersama anak perempuan.
Ya. Kami hanya mengutamakan Muslim kerana kerana kami akan cuba sebaik yang mungkin menerapkan ciri-ciri homestay yang Muslim Friendly iaitu menjalankan perniagaan yang patuh syariah. Oleh itu semasa membuat tempahan bilik pastikan pakej yang dipilih menepati ciri-ciri yang tersebut. Contohnya anak lelaki tidur bersama anak lelaki, anak perempuan tidur bersama anak perempuan.
Ya. Terdapat 3 tempat untuk meletak kenderaan jenis biasa seperti kereta. Jika kereta lebih dari 3 buah terdapat parking awam berhampiran.
Ya. Setiap bilik dilengkapi dengan penyaman udara. Kami percaya penggunaan penyaman udara sepenuhnya menjamin keselesaan penginap.
Rumah kami mempunyai level lantai yang berbeza dan tidak landai. Penginap yang menggunakan kerusi roda mungkin menghadapi sedikit kesukaran. Kesimpulannya rumah ini tidak mesra kerusi roda.
Ya. Peti sejuk disediakan.
Ya. Kami sediakan dispenser air sejuk /ambien / panas Coway di dalam pantri dan Panasonic berdekatan sinki.
Ya. Seterika dan papan seterika disediakan.
Ya. Pengering rambut disediakan.
Terma dan syarat terdapat dalam link berikut:
https://sites.google.com/view/homestayshahalam/terma-dan-syarat
Hubungi kami untuk menyemak slot yang kosong untuk anda menginap. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai penginapan, kelengkapan yang disediakan, peraturan dan lain-lain yang berkaitan. Setelah kami mengesahkan slot yang tersedia untuk tarikh anda, anda boleh melengkapkan tempahan anda dengan WhatsApp kami.
Sila baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti sebelum membuat tempahan. Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi kami.
Maklumat berikut kami perlukan bagi memproses tempahan anda:
Nama penuh
Alamat
Tarikh check-in
Tarikh check-out
Pakej yang dipilih
Bilangan penginap per pax
Hubungan kekeluargaan antara penginap
Jantina (berapa orang lelaki dan perempuan)
Tahap umur sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan warga emas
Adakah terdapat orang kurang upaya (berkerusi roda, sakit lutut dan lain-lain yang berkaitan)
Berapa unit kenderaan dan jenisnya
Tujuan menginap
Pakej tempahan
Memahami terma dan syarat Sharlina Guesthouse dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
Tempahan untuk penginapan hanya boleh dilakukan menggunakan WHATSAPP SAHAJA di no 011-2750 9011. Kami hanya menggunakan satu nombor telefon sahaja untuk mengelakkan penipuan oleh scammer. Kesimpulannya tempahan hanya sah dengan menggunakan aplikasi WhatsApp di no 011-2750 9011. Kami tidak bertanggungjawab jika anda membuat tempahan menggunakan no telefon yang tidak sama dengan yang tertera.
Sila baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti sebelum membuat tempahan. Jika ada sebarang kemusykilan sila hubungi kami.
Maklumat berikut kami perlukan bagi memproses tempahan anda:
Nama penuh
Alamat
Tarikh check-in
Tarikh check-out
Pakej yang dipilih
Bilangan penginap per pax
Hubungan kekeluargaan antara penginap
Jantina (berapa orang lelaki dan perempuan)
Tahap umur sama ada bayi, kanak-kanak, remaja, dewasa, dan warga emas
Adakah terdapat orang kurang upaya (berkerusi roda, sakit lutut dan lain-lain yang berkaitan)
Berapa unit kenderaan dan jenisnya
Tujuan menginap
Pakej tempahan
Memahami terma dan syarat Sharlina Guesthouse dan bersetuju dengan terma dan syarat yang ditetapkan oleh pihak pengurusan
Sebaik sahaja kami mengesahkan slot yang available, anda perlu membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM100 untuk Deposit Sekuriti. Bayaran untuk penginapan perlu dijelaskan 2 hari sebelum anda menginap.