Sedang mencari homestay di Shah Alam, Selangor
Apabila tiba di Sharlina Guesthouse, anda akan disambut dengan suasana yang tenang dan ciri estetika yang menarik perhatian. Di lobi, dinding berwarna putih bersih menjadi latar belakang yang sempurna untuk hiasan dinding yang unik dan karya seni tempatan. Cahaya semula jadi yang masuk melalui jendela besar memberikan sentuhan hangat dan menghidupkan ruang.
Masuk ke dalam bilik tetamu, anda akan merasakan suasana yang lebih intim dengan perabot kayu yang dipilih rapi, linen katil yang berkualiti tinggi, dan warna-warna neutral yang menenangkan. Setiap bilik dihiasi dengan tanaman hijau yang tidak hanya mencantikkan tetapi juga menyegarkan udara.
Ruang makan Sharlina Guesthouse direka dengan konsep terbuka, dengan meja dan kerusi yang elegan serta perincian dekoratif yang menarik. Pencahayaan hangat dari lampu gantung yang artistik menambah suasana romantis untuk makan malam. Setiap sudut ruangan ini dirancang supaya tamu dapat mengambil gambar yang menawan dan membanggakan.
Di luar, terdapat taman yang rapi yang dipenuhi dengan bunga-bungaan yang berwarna-warni, yang mencipta latar belakang yang indah sebagai latar foto. Bangku-bangku taman dan gazebo menawarkan tempat untuk berehat sambil menikmati pemandangan.
Tidak lupa juga, Sharlina Guesthouse mempunyai ruang tamu yang nyaman dengan sofa yang selesa dan rak buku yang dipenuhi dengan pelbagai jenis buku. Ruang ini dilengkapi dengan lampu meja yang bergaya dan permaidani, menjadikannya tempat yang sempurna untuk bersantai dan merakam momen.
Sharlina Guesthouse bukan sahaja tempat penginapan, tetapi juga satu inspirasi bagi mereka yang menghargai keindahan rekaan dalaman. Setiap elemen diambil kira untuk memastikan ia kelihatan sempurna dalam gambar dan video, menjadikan setiap rakaman yang diambil di sini kelihatan fotogenik.
Semasa mereka bentuk dewan kaca, kami menginginkan ruang yang kelihatan "so dreamy". Justeru itu, kami memilih reka bentuk siling yang tinggi, langsir panjang, dan sudah tentu fasad kaca dengan tingkap besar supaya ruang terasa luas.
Konsep yang dipilih adalah "open concept space" yang bertujuan memecahkan sempadan antara dalaman dan luaran. Mozek berwarna hitam dan putih serta bercorak harmoni dipilih untuk permukaan lantai bagi mencipta kesan seperti permaidani hiasan yang terbentang sekitar meja makan dan bangku untuk rehat. Meja makan pula berwarna putih sementara kerusi mint green dari jenis Beetle chair.
Kami memlilih kerusi jenis Beetle dari Ikea untuk digunakan diruang makan. Anda boleh duduk dengan selesa kerana tempat duduk yang mengikut kontor punggung dan fleksibiliti penyandar belakang. Ia boleh disusun secara berlapis untuk menjimatkan ruang apabila tidak digunakan.
Kami mahu tetamu menikmati landskap hijau di luar rumah, yang dihiasi dengan perabot serta taman mini. Ini supaya mereka benar-benar terasa dekat dengan alam. Sudah tentu tempat ini perlu menjadi seperti sebuah bistro, iaitu sudut yang sesuai untuk menjamu selera. Oleh kerana projek ini bersifat open ended dan eksperimental hasrat kami untuk penambah baikan di masa akan datang ialah mengaplikasikan suasana rumah hijau moden.
Bahagian dalam ruang ini direka bentuk dengan tujuan supaya tetamu merasakan bahawa mereka bukan berada di tengah-tengah bandaraya Shah Alam, tetapi di satu tempat yang indah dikelilingi oleh persekitaran hijau yang penuh dengan aneka tumbuh-tumbuhan. Diharap faktor ini membantu anda untuk melarikan diri dari hiruk-pikuk bandar semasa datang menginap. Justeru itu, sudah tentu ia akan memberikan satu pengalaman yang menyenangkan. Ruang makan pula direka untuk mengundang anda duduk dan bersantai sambil menikmati segelas dua minuman istimewa seperti kopi atau teh. Kami mahu menjadikan meja makan sebagai sudut yang digemari walaupun tiada makanan dihidangkan.
Gaya reka bentuk dalaman yang dipilih ialah eklektik minimalis gabungan antara Scandinavian dan Itali.Oleh kerana faktor kekangan dari segi masa dan penjimatan kos, kami terpaksa berkrompromi dalam mencari penyelesaian terbaik. Solusinya adalah gaya eklektik iaitu kombinasi pelbagai aliran reka bentuk.
Sebelum itu ada beberapa pusat perabot yang kami kunjungi seperti Ikea, Muji, Lorenzo, MAJUHOME Concept, MMU Living, dan kedai perabot sekitar Shah Alam. Namun kami lebih cenderung untuk memilih Ikea dan kedai perabot biasa sekitar Shah Alam sebagai lokasi untuk mendapatkan perabot yang sesuai dengan konsep reka bentuk dan sesuai pula dengan bajet yang ada.
Bagi kami Ikea mempunyai banyak kelebihan yang menjadikannya pilihan kami yang utama. Harga yang berpatutan, reka bentuk moden, mudah dipasang sendiri, dan mempunyai pelbagai pilihan. Perabot Muji pula walaupun terkenal dengan reka bentuk yang minimalis dan bersih, sesuai untuk pelbagai gaya hiasan dalaman, harganya agak mahal. Seterusnya perabot dari MAJUHOME Concept dan MMU Living walaupun mempunyai pelbagai gaya dan reka bentuk yang tersedia, mungkin ada kesan yang kurang konsisten dari segi kesatuan jika produk-produk yang berbeza gaya dipadukan dalam satu ruang. Tambahan pula walaupun MAJUHOME Concept menawarkan perabot berkualiti tinggi, bagi kami harga masih agak tinggi berbanding produk lain di pasaran. Begitu juga dengan Lorenzo.
Bahagian dalam ruang ini direka bentuk dengan tujuan supaya tetamu merasakan bahawa mereka bukan berada di tengah-tengah bandaraya, tetapi di satu tempat yang indah dikelilingi oleh persekitaran hijau.
Ruang makan pula di reka bentuk untuk mengundang anda duduk dan bersantai. Kami mahu menjadikan meja makan sebagai sudut yang digemari walaupun makanan tidak dihidangkan.
Akhirnya, sebagai pencinta reka bentuk dalaman, kami mahukan gambar dan video yang dirakam kelihatan fotogenik. Setiap sudut diambil kira untuk memastikan ia kelihatan menawan dalam gambar dan video. Pencahayaan hangat dari lampu gantung yang artistik menambah suasana romantis untuk makan malam. Setiap sudut ruangan ini dirancang supaya tamu dapat mengambil gambar yang menawan dan membanggakan.
Tujuan utama kami ialah menjadikan Sharlina Guesthouse bukan sahaja tempat penginapan, tetapi juga satu inspirasi bagi mereka yang menghargai keindahan reka bentuk dalaman. Setiap elemen diambil kira untuk memastikan ia kelihatan sempurna dalam gambar dan video, menjadikan setiap rakaman yang diambil di sini kelihatan fotogenik.
Tujuan utama kami ialah menjadikan Sharlina Guesthouse bukan sahaja tempat penginapan, tetapi juga satu inspirasi bagi mereka yang menghargai keindahan reka bentuk dalaman. Setiap elemen diambil kira untuk memastikan ia kelihatan sempurna dalam gambar dan video, menjadikan setiap rakaman yang diambil di sini kelihatan fotogenik.