PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2025
Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira Rawang adalah sebuah sekolah yang di uruskan oleh syarikat SRI HIRA EDUCATION SDN BHD (1193212P). Ditubuhkan oleh organisasi bukan kerajaan Pertubuhan Ikram Malaysia Kawasan Hulu Selangor. Bernaung di bawah Institusi Pendidikan Hira' (IPH) yang terdiri dari 5 sekolah/tadika yang lain iaitu :
Sekolah Rendah Islam Hira', Batu Belah , Klang pada tahun 1985 (bermula di Shah Alam pada asalnya)
Tadika Islam Hira, Batu Belah
Sekolah Menengah Islam Hira', Jeram, Kuala Selangor
Maahad Tahfiz Al Quran Hira', Jeram, Kuala Selangor
Tadika Islam Hira' Jeram
Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira Rawang (SRIIH Rawang) telah mula beroperasi dengan izin Allah pada Januari 2017 dengan jumlah murid seramai 44 orang merangkumi tahun 1, 2 dan 3 sebanyak 4 buah kelas sahaja. Pejabat telah beroperasi lebih awal iaitu pada 1 Ogos 2016 dengan kakitangan seramai 3 orang iaitu Guru besar, Penolong Kanan 1 serta Pembantu Tadbir. SRIIH Rawang telah mendapat pendaftaran sementara dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada tahun 2018 dengan no perakuan pendaftaran JLD.7(65) dan Kod sekolah adalah BJJ 7032.
SRIIH Rawang telah diuruskan oleh syarikat Sri Hira Education Sdn Bhd (SHESB) no pendaftaran (1193212-P) sejak awal penubuhan sehingga sekarang. SHESB terdiri daripadanya 4 orang Board of Directors (B0D) dan dipengerusikan oleh Prof Madya Dr Muhammad Azhar Zailaini. Sementara itu, SRIIH Rawang dikelola oleh 7 orang Ahli Lembaga Pengelola Sekolah (ALPS).
SRIIH Rawang juga telah dirasmikan dengan penuh meriah pada 31 Mac 2017 oleh Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Ustaz Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad dengan menandatangani plak perasmian khas yang disediakan.
Pada tahun 2018 murid telah meningkat seramai 96 orang dengan 6 buah kelas. Bermula dengan 2 blok bangunan 4 tingkat yang terdiri daripada 8 unit. Terdiri daripadanya Dewan Serbaguna, Musolla, Kantin, Pejabat, Bilik Guru Lelaki dan Perempuan, Kelas dengan kelengkapan kerusi meja dan penghawa dingin, Makmal komputer dan Makmal sains.
Pada tahun 2023 SRIIH Rawang telah berkembang dengan penambahan 2 blok yang terdiri daripada 13 unit. Murid sekolah ini hampir mencapai 200 orang pada Mac 2023. Guru dan kakitangan adalah seramai 36 orang.
Sekolah Rendah Islam Integrasi Hira' Rawang akan terus komited membawa Falsafah, Visi dan Misi yang dibawa oleh IPH dengan mengintegrasikan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kurikulum deeniyah (agama) Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta kurikulum Ikram-Musleh (Sekolah-sekolah rangkaian Ikram-Musleh).
Sistem Musleh menekankan :
Pendidikan holistik
Penekanan kepada aqidah melalui penerapan konsep Aqidah Merentas Kurikulum (AMK) dalam pengajaran mata pelajaran akademik
Melaksanakan Sukatan Pelajaran Ilmu Syariah (SPIS) secara khusus melalui buku-buku teks dan latihannya sendiri.
Penekanan kepada pentaksiran dan pembinaan murid secara menyeluruh (Total Assessment). Murid-murid ditaksir dan dibina tidak hanya dari sudut ilmu bahkan dalam pelbagai sudut seperti akhlaq, ibadah, jasmani dan kepimpinan melalui pentaksiran khusus yang dikenali sebagai Pentaksiran Konstruk Pelajar Ikram Musleh (PKPIM).
Tarikh Kemaskini: 12 Januari 2023