PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2026
Lencana Sekolah Rendah Integrasi Hira Rawang berbentuk bulat dengan bergaris pusat berukuran 40mm, melambangkan kesyumulan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia. Inilah kefahaman asas yang perlu ditekankan kepada para pelajar SR Integrasi Hira' Rawang.
Buku melambangkan ilmu pengetahuan yang mana Al-Quran dan Hadith merupakan sumber utamanya dan menjadi teras kepada sistem pendidikan Hira'
Warna latarbelakang putih bermaksud keadaan murid-murid yang masih suci apabila memasuki sekolah. Adalah menjadi hasrat sekolah dengan kerjasama ibubapa untuk mewarnakan peribadi murid-murid dengan akhlak Islam yang mulia lagi terpuji dan mengambil Rasulullah sebagai contoh. Inilah juga tafsiran warna hijau (yang lazimnya dikaitkan dengan Islam) yang menjadi warna utama logo sekolah.
Motto "Ilmu Diamal Iman Ditingkat" adalah rumusan kepada konsep yang ingin diterapkan kepada murid-murid iaitu segala ilmu (kebenaran) yang diterima tidak akan memberi manfaat selagi tidak diamal dan dihayati. Sesungguhnya hanya orang yang beriman sahaja akan sedaya upaya menterjemahkan ilmu dan amal kepada amalan. InsyaAllah, dengan cara itu tahap keimanan di jiwa murid akan meningkat lantaran bertambah eratnya hubungan mereka dengan Allah S.W.T Pencipta Sekalian Alam.