PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2026
Permohonan murid baru dibuka untuk kemasukan tahun 1 hingga 6. Rujuk page Syarat Kemasukan.
Sila klik link borang permohonan murid untuk permohonan online.
Pilihan kedua adalah hadir ke pejabat untuk mengisi borang online atau offline. Sila pastikan tuan/puan mengetahui nombor MyKid anak tuan/puan sebelum mengisi borang.
Pastikan maklumat yang diisi lengkap. Sekiranya tidak lengkap, permohonan tidak akan diproses.
Pastikan alamat, no telefon dan emel yang diisi adalah yang masih aktif.
Setelah membuat permohonan online, status murid akan dikemaskini dalam masa 3 hari waktu bekerja.
Sila semak status samada 'Diterima' atau 'Baru' . Sekiranya status 'Diterima' bermakna anak anda layak untuk bersekolah di SRI Integrasi Hira Rawang. Sekiranya status masih 'Baru', permohonan anak anda sedang dalam proses.
Sila semak status permohonan setelah 3 hari waktu bekerja. Rujuk page Semakan Status Permohonan.
Bagi status 'Diterima' hendaklah membuat bayaran yuran pendaftaran sebanyak RM250 sebagai bayaran pendahuluan. Kegagalan tuan/puan membuat bayaran dalam tempoh masa 30 hari, dianggap menolak tawaran. Sehubungan itu, bayaran pendahuluan RM250 ini tidak akan dikembalikan sekiranya anak tuan/puan menarik diri dari sekolah ini.