PERMOHONAN KEMASUKAN SESI 2025
PENGUMUMAN PERUBAHAN UNTUK TAHUN 2019.
1. Kantin
BERMULA JANUARI 2019, murid dikehendaki membuat membawa wang belanja untuk rehat pertama pada pukul 10:00 pagi bagi tahun 1, 2 dan 3, pada pukul 10:30 pagi bagi tahun 4 dan 5.
Untuk rehat ke 2 pada pukul 1:00 pm (Tahun1 , 2 dan 3 ) atau 1:30 pm Tahun 4 dan 5 ), murid makan secara hidangan seperti tahun ini dan bayaran termasuk dalam yuran bulanan.
Tujuan perubahan ini adalah untuk memberi peluang kepada murid-murid mempelajari cara membuat keputusan dalam memilih makanan serta membuat keputusan penggunaan wang, juga mempelajari transaksi jual-beli yang amat penting dalam kehidupan.
2. Peperiksaan UPKK dan PSRA
Mesyuarat pihak sekolah dan Ahli Lembaga Pengarah SRI Hira' Rawang memutuskan Peperiksaan PSRA dan UPKK tidak dilaksanakan di SR Integrasi Hira' Rawang. Hanya dua peperiksaan besar yang akan dilaksanakan iaitu UPSR dan SPPIM.
Jika ibubapa murid berhasrat agar anak-anak mereka mengambil UPKK dan PSRA, pihak sekolah hanya akan membantu mendaftarkan mereka untuk mendudukinya secara menumpang di sekolah berdekatan yang mengambil peperiksaan berkenaan. Pihak sekolah tidak akan melaksanakan pembelajaran menggunakan buku teks berkaitan kerana telah mempunyai buku teks sendiri ( Buku Deeniyah Ikram-Musleh). Pengurusan kelas tambahan untuk menduduki peperiksaan berkenaan juga perlu diuruskan sendiri oleh ibubapa diluar waktu persekolahan.
Perkara ke 2 ini mungkin ingin diambilkira oleh ibubapa sebelum mendaftarkan anak2 untuk sesi persekolahan 2019. Pihak sekolah bersikap terbuka dan akur sekiranya ibubapa tidak bersetuju dan ingin menarik keluar anak-anak dari SRI Hira' Rawang.
Keputusan berkenaan dibuat atas kesedaran terkini bahawa murid-murid tidak seharusnya dibebankan dengan peperiksaan yang banyak memandangkan sekolah rangkaian sudah memiliki sistem pentaksiran sendiri ( Sistem Pentaksiran Pelajar Ikram Musleh - SPPIM ) sejak sekian lama, yang bakal dilaksanakan pada tahun 6 2020 dan pada tahun 5 mulai 2021 di SR Integrasi Hira' Rawang.
Seterusnya pihak kami berpandangan tarbiah yang telah dilalui di sekolah rendah Ikram-Musleh perlu diteruskan sebagai satu usaha agar anak-anak terus berada dalam sistem dan biah (suasana) solehah - bergandingan dengan biah solehah di rumah masing-masing serta doa yang berterusan - dalam satu tempoh yang cukup bagi membina peribadi dan pegangan yang kukuh terhadap cara hidup Islam.
Sekolah-sekolah menengah rangkaian Ikram-Musleh seperti yang dipersembahkan dalam video di atas tersedia untuk diisi oleh murid-murid dari sekolah-sekolah rendah rangkaian musleh untuk tujuan penerusan di atas. Adalah diharapkan sekolah-sekolah rangkaian ini menjadi pilihan utama ibubapa apabila anak-anak tamat persekolahan di SR Integrasi Hira' Rawang.
Semoga penerangan ini dapat diberikan perhatian yang sewajarnya dan tindakan serta keputusan dapat dibuat dengan tepat untuk kebaikan semua pihak. Terima Kasih