1.0 PENDAHULUAN
Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment day) diraikan pada 5 Jun setiap tahun di seluruh dunia sebagai usaha menghargai bumi dan menyemai rasa tanggungjawab serta meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat untuk melindungi bumi dan alam sekitar. Institusi pendidikan seperti sekolah-sekolah memainkan peranan yang amat penting untuk merealisasikan objektif ini.
Oleh hal yang demikian, Persatuan Pendidik Lestari Hijau Pulau Pinang (GREW) dengan kerjasama Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar & Desa, Pulau Pinang, Jabatan Perhutanan Pulau Pinang, Jabatan Pendidikan Negeri Pulau pinang, SMK Datuk Haji Mohamed Nor Ahmad dan SMK Permatang Rawa akan menganjurkan Kempen Penanaman Pokok di sekolah-sekolah Pulau Pinang yang berminat bagi kali ke-2. Pelaksanaan kempen ini adalah selaras dengan Program Penghijauan Malaysia bagi Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah RMKe-12 yang telah dimaklumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tanah Negara (MTN) ke-77 pada 8 September 2020 dengan sasaran penanaman 100 juta pokok dari tahun 2020 sehingga 2025. Kempen ini adalah sebahagian daripada inisiatif kami untuk menjayakan program negara ini pada hari yang bermakna ini. Kempen ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan 2030 Ke-13 Climate Action, Ke-15 Life on Land dan Ke-17 Partnership For the Goals.
Terdapat dua aktiviti yang menarik dirancang dalam kempen ini iaitu Kempen Penanaman Pokok di kawasan sekolah dan Kuiz Hari Alam Sekitar Sedunia.
2.0 MATLAMAT PROGRAM
Pelaksanaan kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran semua pihak mengenai pentingnya kawasan litupan hijau dan hutan untuk kesejahteraan dan kualiti hidup selain usaha untuk menambahbaik ekosistem dan biodiversiti negara kita. Kempen ini juga bertujuan memupuk semangat cintakan alam semula jadi melalui penanaman pelbagai jenis pokok kepada segenap lapisan masyarakat serta menyokong komitmen untuk mengekalkan litupan kawasan berhutan di Malaysia. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli telah mempromosi dan menggalakkan penglibatan serta kerjasama pelbagai pihak meliputi Kerajaan-kerajaan negeri, Kementerian dan jabatan serta agensi kerajaan persekutuan/negeri yang berkaitan, syarikat swasta dan korporat, badan bukan kerajaan, institusi-institusi pendidikan serta orang awam dalam menjayakan kempen ini. Oleh itu, GREW juga akan dijadikan sebahagian daripada kejayaan kempen ini.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM
Kempen ini dilaksanakan bertujuan untuk:
mengekalkan kawasan hijau di kawasan sekolah selain memelihara serta memulihara kawasan berhutan;
meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pokok dan kawasan berhutan serta memupuk semangat cintakan alam sekitar;
merakyatkan komitmen dan semangat pengekalan kawasan litupan hijau sebagai satu agenda nasional;
menggalakkan penyertaan institusi-institusi pendidikan/penyelidikan dalam usaha penanaman pokok.
4.0 KUMPULAN SASAR
Di peringkat kebangsaan, kempen ini mensasarkan penanaman 100 juta pokok dalam tempoh 5 tahun bermula dari tahun 2021 hingga 2025. Kementerian Tenaga dan Sumber Asli melalui Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan Jabatan-Jabatan Perhutanan Negeri akan mengadakan program-program bagi merakyatkan Kempen Penanaman 100 Juta Pokok dengan melibatkan seluruh penduduk Malaysia dari pelbagai latar belakang. Oleh itu, kumpulan sasar bagi program pada hari ini ialah melibatkan sekolah rendah dan menengah di Pulau Pinang yang terlibat dalam kempen penanaman pokok di kawasan sekolah.
5.0 TEMA KEMPEN
Tema kempen ini adalah “Penghijauan Malaysia: Pokok Kita, Kehidupan Kita” atau “Greening Malaysia: Our Trees, Our Life”
6.0 PENGISIAN PROGRAM
Tarikh Tutup Pendaftaran: 12 Jun 2023
(Pendaftaran selepas tarikh tutup tidak akan dilayan)
Kuiz Hari Alam Sekitar Sedunia
Tarikh: 16 Jun 2023
Masa: 8 AM- 8PM
6.1 Aktiviti Penanaman Pokok
Tarikh : 8 Jun - 23 Jun 2023
Masa : ikut kesesuaian sekolah masing-masing
Tempat : Sekolah masing-masing
Pelaksanaan Aktiviti:
Pihak sekolah mestilah membuat pendaftaran awal melalui google form https://forms.gle/kts6Mu9ycoMKUPyaA sebelum 12 JUN 2023 untuk memudahkan urusetia membuat perancangan program.
Pihak sekolah menentukan lokasi penanaman pokok tetapi tertakluk kepada di dalam kawasan sekolah.
Tempoh penanaman pokok ialah antara 6 Jun 2023 sehingga 23 Jun 2022.
Sekurang-kurangnya 1 pokok ditanam bagi setiap sekolah yang terlibat. Pokok akan disumbangkan oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang atau sekolah membekalkan pokok masing-masing untuk kempen ini.
Definisi pokok di bawah kempen ini adalah meliputi semua jenis pokok yang merupakan tumbuhan berkayu yang mempunyai akar, batang, dahan dan daun.
Selepas upacara penanaman pokok, pihak sekolah diminta memuat naik gambar penanaman pokok melalui google form https://forms.gle/tJv5NNvwCwVMuFQ47 selewat-lewatnya 23 Jun 2023.
E-Sijil penyertaan akan diberikan kepada pihak sekolah yang berjaya menghantar laporan melalui emel.
Setiap pokok yang ditanam perlu dimuat naik dalam apps Program Penghijauan Malaysia.
Apple Store: https://apps.apple.com/my/app/penghijauan-malaysia/id1547202800
Google Play: https://play.google.com/store/apps/detailsid=my.gov.onegovappstore.penghijauanmalaysia&pli=1
Cara menggunakan apps boleh rujuk kepada: https://www.youtube.com/watch?v=fbb949EjCPk
Masa pengagihan pokok yang ditaja oleh Jabatan Perhutanan Pulau Pinang akan dimaklumkan dalam group telegram https://t.me/+2AXtREb3zRsxMWFl
6.2 Kuiz Hari Alam Sekitar Sedunia 2023
Tarikh : 16 Jun 2023(Jumaat)
Masa : 8am - 8pm
Platform : Atas Talian
Pautan Kuiz: https://forms.gle/ykJ446pJbmcA5MUX8
Sasaran: Terbuka kepada semua murid dari sekolah yang terlibat dalam kempen penanaman pokok dari umur 7 sehingga 19 tahun. Murid yang mencapai sekurang-kurangnya 40% akan diberikan e-sijil penyertaan.
e-sijil pencapaian akan diberikan kepada 5 pemenang utama bagi setiap kategori umur.
7.0 PENUTUP
Melalui program ini, guru-guru dan murid-murid akan diberi pendedahan serta menimba ilmu pengetahuan secara langsung ke arah meningkatkan tahap kefahaman mereka dalam kepentingan hutan dan pokok dan memupuk kesedaran tentang kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar selaras dengan tema dalam kempen ini iaitu Pokok Kita, Kehidupan Kita. Diharapkan ianya dapat mencapai semua matlamat dan objektif dengan jayanya terutama dalam melahirkan para pendidik yang mantap dan komited terhadap tugas membimbing anak murid dalam usaha melestarikan alam sekitar secara menyeluruh. Adalah diharapkan agar program ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah yang rumit. Semoga segala pengetahuan dan pengalaman yang akan diperolehi melalui program ini dapat dimanfaatkan dan digunakan pada masa depan.