MAC 2022

Grab The Book

Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara

HANTAR TEMPAHAN PEMINJAMAN BUKU SEKARANG

sila klik 'Buat Pesanan'

Makluman

TARIKH ‘GRAB THE BOOK’ PADA BULAN MAC : 25 MAC 2022


MASA RONDAAN ‘GRAB THE BOOK’ : BERMULA 10 PAGI


JUMLAH BUKU DIBENARKAN PINJAM : 5 NASKHAH (MAKSIMUM)

Cara-cara Membuat Pesanan Dalam Talian

  1. Pilih mana-mana buku yang hendak dipinjam (anda boleh menyemak senarai buku yang masih tersedia pada laman sesawang ini).

  2. Setiap buku mempunyai nombor kod masing-masing. Catat dan senaraikan kod-kod buku yang ingin dipinjam pada nota.

  3. Klik 'Buat Pesanan' untuk mula membuat tempahan pinjaman buku.

  4. Isi butiran maklumat yang diperlukan bagi tujuan penghantaran.

  5. Kemudian tekan 'next' untuk mengisi maklumat buku. tandakan kod-kod buku yang anda ingin pinjam.

  6. Tekan 'submit' setelah anda memastikan maklumat tempahan anda benar.

Terma dan Syarat

*Tempahan buku boleh dibuat pada 21 hingga 24 Mac 2022

*Buku yang tempah melalui "Grab the book" akan dihantar kepada pembaca pada 25 Mac 2022 sahaja.

*Tempoh pinjaman buku ialah selama 3 minggu (21 hari).

*Sebarang aktiviti pemulangan buku perlu dibuat di Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara.

Senarai Buku Yang Masih Tersedia Untuk Ditempah

SENARAI BUKU-BUKU YANG MASIH TERSEDIA.xlsx

KATEGORI

Tentang Kami

'Grab The Book' ialah salah sebuah aktiviti bulanan yang dilaksanakan oleh Pusat Sumber Kementerian Perpaduan Negara pada tahun 2022. Dalam usaha meningkatkan peratusan pembaca dikalangan warga KPN, Pusat Sumber KPN telah memikirkan pelbagai aktiviti perpustakaan yang bersesuai dengan keperluan pelanggan pusat sumber di KPN, salah satu aktivitinya ialah menerusi aktiviti 'Grab The Book'. Aktiviti 'Grab The Book' dapat memudahkan warga KPN untuk membuat pinjaman buku sekiranya mempunyai kekangan masa untuk berkunjung ke Pusat Sumber. Selain itu, ia juga dapat memupuk amalan membaca dan sayangkan ilmu dikalangan warga KPN. Amalan membaca dapat mencetus kesegaran minda serta dapat melahirkan modal insan yang berpengetahuan luas.

Sebanyak 80 buah buku telah dipaparkan untuk aktiviti 'Grab The Book' melalui laman sesawang ini dimana ia dikhaskan kepada warga KPN membuat tempahan buku. 'Grab The Book' hanya diadakan sehari pada setiap bulan. Justeru, warga KPN hanya boleh membuat tempahan peminjaman buku melalui platform ini pada minggu 'Grab The Book' dilaksanakan sahaja. Buku yang ditempah akan dihantar ke tempat pegawai tersebut pada hari Jumaat (minggu' Grab The Book') sahaja. Selain itu, kami juga akan membuat rondaan ke setiap bahagian / unit pada Jumaat (minggu' Grab The Book') bersama buku-buku menarik untuk mempermudah warga KPN membuat peminjaman buku secara fizikal di tempat masing-masing.

"Membaca Amalan Kita"