Selamat Datang ke Laman Gerbang Dokumentasi Kolej Komuniti Rompin
Buku panduan ini perlu dijadikan sumber rujukan utama dalam urusan berkaitan dengan komunikasi visual bagi jenama POLYCC. Ia termasuklah hal-hal berkaitan dengan Lambang Rasmi JPPKK,Logo Korporat, Warna Korporat, Fon Korporat, Lagu Rasmi dan Lagu Korporat.
Kemunculan teknologi baharu seperti IoT, analitis data raya dan robotik termaju, boleh mengganggu model perniagaan dan proses pengeluaran. Penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 akan dipergiat dengan pelancaran Dasar Negara Mengenai Industri 4.0, 2018-2025. Dasar tersebut menggariskan pelan tindakan dalam memangkin penerimagunaan teknologi berkaitan Industri 4.0 untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing sektor pembuatan. Dalam hal ini, penilaian pematuhan tahap kesediaan firma terpilih akan dilaksana untuk menentukan jenis intervensi dan tahap bantuan teknikal yang diperlukan.
Manual Korporat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Edisi 2020 ini disediakan sebagai rujukan dan panduan dalam penyelarasan imej dan maklumat korporat di jabatan dan institusi. Manual Korporat ini memberi panduan tentang penggunaan logo, warna, format kepala surat, kad nama dan template yang berkaitan dengan lebih jelas kepada warga JPPKK, Politeknik danKolej Komuniti bagi memperlihatkan identiti serta imej yang seragam.
Pelan Strategik menggambarkan intipati pelan secara menyeluruh untuk mendorong penghayatan setiap warga dan seterusnya diterjemahkan kepada tindakan yang berkesan. Setiap Teras Strategik mempunyai beberapa Objektif Strategik yang mencetuskan inisiatif-inissiatif bagi mencapai keberhasilan tertentu dan diukur melalui beberapa petunjuk prestasi utama.
Garis panduan ini diwujudkan sebagai rujukan institusi yang memfokuskan kepada pengurusan pengoperasian di Politeknik dan Kolej Komuniti semasa pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara yang merangkumi empat aspek utama iaitu Tadbir Urus Institusi, Pengurusan Akademik dan Penilaian, Pelajar dan Pensyarah. Menerusi garis panduan ini, Politeknik dan Kolej Komuniti dapat memastikan segala tindakan yang melibatkan pengurusan pengoperasian dapat dilaksanakan seiring arahan semasa pihak Kerajaan yang sedang berkuatkuasa agar penularan wabak COVID-19 dapat dikekang dan diminimumkan.
Dokumen pencapaian KPI tahun semasa yang akan diguna pakai sebagai rujukan asas oleh semua institusi di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Industry On Campus (IOC) merupakan sebuah integrasi antara pendidikan dan industri yang bertujuan menyelaras pengajaran dan pembelajaran dengan keperluan dan amalan industri yang terkini
Jawatankuasa Pembangunan Profesionalisme Berterusan Institusi (JKPPBI) ini merupakan satu intervensi bagi memastikan governan yang berkesan berkaitan pengurusan dan pembangunan sumber manusia di setiap politeknik dan kolej komuniti yang dibantu oleh platform eSIS.
Salah satu intervensi bagi merapatkan jurang antara pengetahuan pensyarah dan kemahiran industri adalah melalui program sangkutan pensyarah di industri. Ini selari dengan ketetapan Agensi Kelayakan Malaysia melalui Code of Practice for TVET Programme Accreditation yang menggariskan setiap tenaga pengajar TVET perlu melengkapkan latihan sangkutan di industri untuk tempoh kumulatif satu bulan dalam setiap dua tahun.
Pelan Tindakan Pemulihan dan Garis Panduan Pengoperasian Politeknik dan Kolej Komuniti Pasca Pandemik COVID-19 ini bertujuan menerangkan dengan lebih jelas berkaitan pelan tindakan dan pelaksanaan pengurusan operasi bagi Politeknik dan Kolej Komuniti susulan pandemik COVID-19 dan juga pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Manual instumen tadbir urus institusi ini disediakan adalah bagi memudahcara institusi dalam menentukan skala skor bagi setiap item yang dinilai di bawah Instrumen Tadbir Urus Institusi, Pemantauan Kesepunyaan Dan Keserakanan (PK&K).
Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan dengan lebih jelas berkaitan panduan dan perincian setiap kategori bagi Anugerah Akademia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (AA JPPKK). Garis panduan ini akan menjadi sumber rujukan utama kepada semua Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPT) di semua peringkat sama ada di Jabatan mahupun di Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pelan Antirasuah Organisasi (Organizational Anti Corruption Plan - OACP) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) 2023-2027 ini telah dibangunkan hasil daripada komitmen sepenuhnya daripada Jawatankuasa Pembangunan OACP JPPKK yang telah dilantik dalam kalangan warga kerja di Jabatan dan juga Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC). Dengan adanya OACP JPPKK 2023-2027 ini, diharapakan menjadi rujukan utama dan panduan menyeluruh dalam memerangi rasuah.
Penubuhan PISPA Kolej Komuniti memperkukuh kegiatan kokurikulum untuk memperkasa kemahiran pelajar disamping menjadi ruang, peluang dan pendedahan kepada pelajar Kolej Komuniti bagi meneroka aspek keselamatan dan pertahanan awam
Pengiktirafan kepada Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) cemerlang merupakan satu inisiatif daripada Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) sebagai pendorong kepada POLYCC untuk meneruskan kecemerlangan pada setiap tahun. Penilaian bagi anugerah ini bermula daripada bulan Januari sehingga Disember pada tahun semasa berpandukan rubrik/kriteria pemarkahan yang disediakan oleh semua bahagian terlibat
Buku Panduan dan Peraturan Am Pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti ini disediakan kepada semua pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti sebagai maklumat yang perlu diketahui dan garis panduan kepada peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pelajar sepanjang tempoh pengajian di institusi. Selain itu, buku ini juga menjadi rujukan kepada semua kakitangan institusi dalam menguatkuasakan peraturan disiplin demi kebajikan pelajar. Panduan dan peraturan yang terkandung dalam buku panduan ini adalah merujuk kepada Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976 [Akta 174] serta apa-apa panduan dan peraturan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dan Kementerian Pendidikan Tingi (KPT) dari semasa ke semasa. (Penggunaan berkuatkuasa mulai Sesi 1 2024/2025