Selamat Datang ke Laman Gerbang Dokumentasi Kolej Komuniti Rompin
Borang ini digunakan oleh kakitangan Kolej Komuniti Rompin yang ingin memohon cuti rehat melebihi tiga (03) hari secara berturutan selaras dengan Memo Dalaman KKRP.100-16/12/1 Jld. 4 (116) bertarikh 30 November 2021.
Borang ini digunakan sebagai hebahan utama kepada semua warga institusi berkenaan aktiviti yang akan dilaksanakan dan perlu disediakan oleh pihak penganjur / penyelaras aktiviti sekurang-kurangnya tiga (03) hari sebelum pelaksanaan aktiviti.
Borang ini akan disediakan oleh Pegawai Khidmat Pelanggan selepas Borang Maklumat Pelaksanaan Aktiviti dimuat naik ke medium hebahan rasmi institusi. Pegawai Khidmat Pelanggan akan menampal di papan iklan berhampiran lobi institusi sebagai hebahan umum.
Borang ini digunakan oleh kakitangan yang telah mendapat kebenaran untuk meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja di bawah Perintah Am 5 Bab G - Kakitangan yang telah mengambil pelepasan perlu menggantikan waktu tersebut.
Borang ini digunakan oleh kakitangan yang ingin mengambil pelepasan / meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja tidak melebihi empat (04) jam dan bersedia untuk menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan bagi tujuan peribadi.
Borang ini boleh digunakan bagi tujuan aduan kerosakan yang melibatkan pembangunan serta perkara berkaitan.
Borang ini perlu dihantar kepada pihak pentadbiran untuk tindakan selanjutnya. Tempahan perlu dibuat segera untuk mengelakkan pertembungan perjalanan.
Borang ini akan digunakan oleh kakitangan yang telah diarahkan bertugas di luar waktu bekerja biasa dan tidak menerima sebarang bayaran.
Borang ini digunakan bagi tujuan bayaran / kewangan yang melibatkan kelewatan penghantaran tuntutan bulanan atas faktor yang dibenarkan.
Borang ini digunakan untuk tempahan makan minum melalui pengusaha kafeteria yang dilantik oleh pihak Kolej Komuniti Rompin.
Borang ini digunakan sebagai ganti permohonan melalui HRMIS sekiranya berlaku gangguan talian untuk pegawai menjalankan tugas rasmi di luar pejabat.
Borang ini akan digunakan oleh kakitangan bagi permohonan cuti sakit dengan mengemukakan sijil cuti sakit yang dikeluarkan oleh Pegawai Perubatan bertauliah.