Selamat Datang ke Laman Gerbang Dokumentasi Kolej Komuniti Rompin
Kolej Komuniti Rompin siap dibina pada tahun 2003 di tapak seluas 15 ekar dalam mukim Kuala Rompin. Terdapat tujuh blok bangunan termasuk blok pentadbiran, makmal dan bengkel. Sebagaimana kolej komuniti yang lain, Kolej Komuniti Rompin ditubuhkan untuk memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum memasuki pasaran tenaga kerja. Kolej Komuniti Rompin mula beroperasi pada tahun 2003 di Sekolah Menengah Teknik Sultan Ahmad Shah Rompin dengan 24 orang pelajar kumpulan pertama bagi sesi Jun. Program pertama yang ditawarkan adalah Sijil Penyejukan dan Penyamanan Udara. Berpindah ke kampus tetap di KM 5, Jalan Rompin-Pekan mulai bulan Ogos 2004 setelah siap dibina di atas tapak tanah kerajaan persekutuan dengan keluasan 15 ekar di dalam mukim Kuala Rompin.
Kolej Komuniti Rompin menawarkan kursus-kursus Sijil Kolej Komuniti iaitu Sijil Teknologi Elektrik, Sijil Operasi Perhotelan, Sijil Kulinari, Sijil Teknologi Penyejukan dan Penyamanan Udara serta Sijil Automotif. Selain itu, Kolej Komuniti Rompin juga menganjurkan kursus-kursus jangka pendek bagi masyarakat setempat tanpa mengira usia dan bangsa bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan serta sosioekonomi mereka melalui pendidikan sepanjang hayat yang fleksibel dan mudah akses.