Di bawah adalah syarat-syarat penggunaan laman web serta hak dan kewajipan anda semasa mengakses atau menggunakan perkhidmatan di laman web ini. Sekiranya anda mengakses laman web ini, ia merupakan pengakuan dan persetujuan bahawa anda terikat kepada syarat-syarat ini dan dengan ini, terbentuklah satu persetujuan di antara anda sebagai pelanggan, dan FSSH, Empowering UMS Education, bagi akses dan/atau penggunaan laman web ini. Penggunaan atau akses anda kepada perkhidmatan ini seterusnya akan dianggap sebagai penerimaan syarat-syarat ini.
Anda dengan jelas memahami dan bersetuju bahawa FSSH, Empowering UMS Education tidak bertanggungjawab ke atas sebarang bentuk kerugian secara langsung atau tidak langsung akibat daripada:
Penggunaan atau ketidakupayaan untuk menggunakan perkhidmatan;
Akses tanpa kebenaran atau perubahan dalam penghantaran atau data anda;
Kenyataan atau tindakan pihak ketiga di laman web ini; atau
Perkara-perkara lain yang berkaitan dengan laman web ini.
FSSH, Empowering UMS Education boleh menamatkan akses anda ke mana-mana bahagian perkhidmatan atau seluruh perkhidmatan dan mana-mana perkhidmatan yang berkaitan pada bila-bila masa, dengan sebab atau tanpa sebab, dengan notis atau tanpa notis, dan berkuatkuasa serta-merta.
FSSH, Empowering UMS Education mempunyai hak untuk membuat perubahan, pengubahsuaian, pembatalan atau penambahan kepada syarat-syarat ini pada bila-bila masa dengan memberi notis terlebih dahulu.
FSSH, Empowering UMS Education tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerosakan dan kehilangan yang dialami akibat menggunakan khidmat dan mendapatkan maklumat di dalam laman ini.
Sumber dan maklumat sebenar berkemungkinan datang dari berlainan bahasa. Bagi menyeragamkan bahasa di laman ini, alih bahasa akan dilakukan dan mungkin boleh menyebabkan maksud yang berbeza daripada maksud sebenar. FSSH, Empowering UMS Education tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakan atau kesalahan maklumat akibat pengalihan bahasa tersebut.
Semua maklumat di dalam laman ini adalah sahih dan benar pada tarikh dan masa dimuat naik dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa.
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan pelindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda ingin mendaftar dan membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.
Portal ini mempunyai pautan ke laman web lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap laman web yang dilayari.
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan mengenai dasar privasi atau laman web ini, anda boleh menghubungi kami melalui seksyen maklum balas yang disediakan dalam laman web ini.
Pelawat bertanggungjawab sepenuhnya terhadap sebarang maklumat yang diberikan kepada laman web ini.
Pelawat harus memastikan sebarang fail yang dikepilkan bersama (jika ada) bebas daripada sebarang pepijat (bug).
Laman web luar yang memerlukan pautan ke laman web ini mestilah mendapat kelulusan daripada pentadbir laman web ini.
Memecah masuk atau mengodam laman web ini adalah dilarang sama sekali.
Teknologi terkini termasuk enkripsi data adalah digunkan untuk melindungi data yang dikemukan dan pematujan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk mengalang capaian yang tidak dibenarkan.
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.
Dalam halaman ini, dasar hak cipta merupakan gerbang dalam sesebuah laman web yang mana mengandungi maklumat, teks, imej, grafik, fail suara dan fail video. Fail-fail dalam laman web tersebut juga adalah kepunyaan FSSH, Empowering UMS Education kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian portal ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada FSSH, Empowering UMS Education.
Sebarang kerosakan atau kehilangan secara langsung mahupun tidak langsung kepada mana-mana pihak yang telah mengakses sebarang bahan dalam mana-mana laman web ini, FSSH, Empowering UMS Education tidak boleh disalahkan dan tidak bertanggungjawab.
Semua maklumat yang telah ditampilkan juga adalah berdasarkan untuk memberi pencerahan kepada pengguna untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang apa yang ingin disampaikan dalam laman web ini.