Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kami merupakan pelajar tahun akhir (HA02) program Komunikasi (Perhubungan Awam) Universiti Malaysia Sabah. Kami sedang menjalankan satu projek untuk mendedahkan kepada anda mengenai Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Malaysia Sabah.
Mempromosikan fakulti dan program (HA02) Komunikasi kepada lepasan Graduan STPM, Diploma, Matrikulasi, Asasi dan mahasiswa universiti.
Meningkatkan kesedaran mengenai kursus dan program yang ditawarkan di Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian kepada lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi, Asasi dan mahasiswa universiti.
Mendorong para siswazah untuk mempromosikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian melalui platform seperti laman sesawang, Instagram dan Facebook kepada lepasan STPM, Diploma, Matrikulasi, Asasi dan mahasiswa universiti.