"Ada pihak UMS pernah menelefon saya dan bertanyakan sama ada saya mampu atau tidak untukberdikari dan apabila di dalam UMS golongan OKU banyak diberikan kemudahan contoh sepertitempat tinggal, Van untuk kami bergerak ke kuliah dan ada tempat pengurusan OKU iaitu PPOKU yang kami boleh dapatkan pelbagai bantuan dan utarakan permasalahan yang kami OKU alami" - Mohd Zulfadli Aiman Bin Sulaiman, bidang Komunikasi.
"Pada pendapat saya, program yang saya diikuti memberikan banyak pengetahuan yang sesuai saat melalui zaman digital sekarang."- Nor Fitriwati Binti Mat Salleh, bidang Komunikasi.
"Bagi pendapat saya, kebanyakan syarikat pada hari ini mengutamakan seseorang yang mempunyai tahap pendidikan yang tinggi degree dan phd. Bagi saya itu amat membantu, contoh program yang saya ambil ini berkenaan dengan masyarakat dan saya dapat aplikasikan dalam kehidupan seharian."- Ahar Bin Tabe, bidang Antropologi dan Sosiologi.
"Bagi saya apa yang paling menyeronokkan ialah pada waktu kuliah iaitu kelas Tabi Pengguna. Hal ini demikian kerana pensyarah mengajar sesuatu topik yang baru untuk kita belajar dan itu sangat seronok."- Nordiah M Binti Marikan, bidang Komunikasi.
"Jangan melihat diri kita berbeza dengan orang lain, kerana semua pelajar ataupun pensyarah melayan kita dengan sama."- Nor Fitriwati Binti Mat Salleh, bidang Komunikasi.
"Ada pihak UMS pernah menelefon saya dan bertanyakan sama ada saya mampu atau tidak untuk berdikari dan apabila di dalam UMS golongan OKU banyak diberikan kemudahan contoh seperti tempat tinggal, Van untuk kami bergerak ke kuliah dan ada tempat pengurusan OKU iaitu PPOKU yang kami boleh dapatkan pelbagai bantuan dan utarakan permasalahan yang kami OKU alami."- Mohd Zulfadli Aiman Bin Sulaiman, bidang Komunikasi.
"Ya bagi saya membantu cuma perlu lagi rajin mencari maklumat tambahan di internet sebab sekarang mudah semua bahan maklumat mudah diperolehi di internet."- Nordiah M Binti Marikan, bidang Komunikasi.
"Fssk sememangnya memberikan bantuan sekiranya pelajar menghadapi masalah kecemasan dan diberikan kepada semua pelajar."- Ahar Bin Tabe, bidang Antropologi dan Sosiologi.
"Ya kerana pelbagai perkara yang saya OKU belum pernah rasa saya mampu rasa semasa berada di FSSK dan perkara tersebut amat bagus."- Mohd Zulfadli Aiman Bin Sulaiman, bidang Komunikasi.
"Sepanjang saya belajar di FSSK, memang suasana bilik kuliah agak kondusif sebab masalah suhu panas bagi saya hampir tidak berlaku sebab penghawa dingin berfungsi dengan baik, kerusi-kerusi yang rosak ditukar, dan persekitaran bilik kuliah juga bersih dan pembelajaran suasana bilik kuliah agak kondusif."- Ahar Bin Tabe, bidang Antropologi dan Sosiologi.
"Pelajar OKU perlu mencuba dan beradaptasi. Hal ini kerana, dapat membuka minda pelajar OKU sebab peringkat sekolah menengah berbeza dengan Universiti. Oleh itu, pelajar OKU perlu mengambil peluang melanjutkan pendidikan agar membantu meningkatkan potensi diri."- Nordiah M Binti Marikan, bidang Komunikasi.