Konsep Formula-MEC
Formula MEC adalah kejohanan yang memerlukan peserta untuk membina kereta Formula yang mempunyai spesifikasi dan dimensi yang menghampiri kepada Formula 4 atau Formula 1. Walaubagaimana pun kos pembinaan adalah digalakkan tidak terlalu tinggi.
1) Formula MEC 135cc
Enjin motosikal digunakan untuk kejohanan ini. Kuasa enjin yang dibenarkan kepada 135cc 4 lejang. Pemarkahan kejohanan ini terbahagi kepada tiga pecahan iaitu:
1) Rekabentuk dan video persembahan
2) Analisis dan inovasi
3) Ujian Masa.
Markah tersebut akan diadili oleh juri yang dilantik dan kedudukan pasukan akan diletakkan pada markah yang diberikan. Kedudukan pasukan akan ditetapkan mengikut gabungan markah tertinggi. Sistem pemarkahan adalah 50% Teori dan 50% Ujian litar.
2) Formula MEC EV, Electric Vehicle (kenderaan elektrik)
Bagi kenderaan elektrik setiap kenderaan hendaklah mempunyai casis yang sama dengan kategori 135cc. Kuasa bateri dan motor adalah bebas. Contoh kuasa (10kw-25kw). Konfigurasi bateri dan sistem kawalan adalah bebas. Walaubagaimana pun sistem (Bateri. motor dan inverter) hendak berada di dalam casis kenderaan serta mempunyai perlindungan (Kalis air) yang mencukupi. Keselamatan sistem EV akan diperiksa oleh pegawai yang berkenaan. Sistem pacuan hendaklah dari roda belakang sahaja. Berat minima adalah 170kg untuk kenderaan EV.