Konsep Formula-MEC
Konsep Formula-MEC
Formula MEC adalah kejohanan yang memerlukan peserta untuk membina kereta Formula yang mempunyai spesifikasi dan dimensi yang menghampiri kepada Formula 4 atau Formula 1. Walaubagaimana pun kos pembinaan adalah digalakkan tidak terlalu tinggi. Enjin motosikal digunakan untuk kejohanan ini. Kuasa enjin yang dibenarkan kepada 135cc 4 lejang. Pemarkahan kejohanan ini terbahagi kepada tiga pecahan iaitu:
1) Rekabentuk dan video persembahan
2) Analisis dan inovasi
3) Ujian Masa.
Markah tersebut akan diadili oleh juri yang dilantik dan kedudukan pasukan akan diletakkan pada markah yang diberikan. Kedudukan pasukan akan ditetapkan mengikut gabungan markah tertinggi. Sistem pemarkahan adalah 50% Teori dan 50% Ujian litar.