Pelaksanaan pelupusan di Politeknik Kuching Sarawak memfokuskan kepada TIGA(3) tatacara pelupusan iaitu
Kaedah pelupusan secara jualan sisa dilaksanakan bagi Aset Alih selain daripada Buangan Terjadual dan Sisa Pepejal.
Aset Alih yang boleh dilupuskan melalui kaedah jualan sisa adalah Aset Alih yang tidak boleh digunakan dalam bentuk dan fungsi asalnya.
Kaedah pemusnahan hendaklah menjadi pilihan terakhir setelah mendapati semua kaedah seperti jualan, hadiah dan sebagainya tidak sesuai untuk dilaksanakan.Â
Kaedah pelupusan secara musnah boleh dilaksanakan bagi aset yang tiada nilai jualan atau nilai sisa atau Aset Alih yang berunsur keselamatan dengan cara berikut:-
Ditanam
Dibakar
Dibuang
Ditenggelam
Diletup/ diledak/ dilebur
Aset Alih yang dikategorikan sebagai e-waste di bawah Jadual Pertama, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, hendaklah dikendalikan dan dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005 yang berkuat kuasa.
Contoh Aset Alih yang dikategorikan sebagai e-waste adalah seperti berikut:-
Komputer;
Pencetak;
Pengimbas;
Televisyen;
Mesin Fotostat; dan
Telefon bimbit