Aplikasi eSmartDispose terus menunjukkan kecemerlangan sebagai inovasi digital Politeknik Kuching Sarawak dalam pengurusan pelupusan aset. Antara pencapaian membanggakan yang telah diperoleh ialah:
eSmartDispose telah didaftarkan secara rasmi di bawah hak cipta MyIPO dengan nombor pendaftaran CRLY2025Q04317, menandakan pengiktirafan terhadap keaslian dan inovasi sistem ini.
Inovasi ini berjaya memenangi anugerah emas atas keunikan konsep dan impaknya dalam memperkasakan proses pelupusan aset institusi.
Semasa sesi pembentangan bersama panel Audit AKPANS pada 22 Ogos 2025, sistem eSmartDispose turut menerima pujian atas keberkesanan dan kebolehgunaannya dalam pengurusan aset di peringkat politeknik.