eSmartDispose merupakan inovasi yang dibangunkan bagi melancarkan urusan pelupusan di Politeknik Kuching Sarawak. Inovasi ini berpusat di Unit Pelupusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) yang akan menyelaraskan pelupusan aset alih kerajaan daripada semua unit/jabatan.
eSmartDispose adalah sebuah sistem berasaskan web yang bertujuan untuk mengoptimumkan pengurusan pelupusan aset dan bahan di Politeknik Kuching. Sistem ini menyediakan platform yang berpusat untuk merekod, memantau, dan mendapatkan maklumat terkini berkaitan status pelupusan. Dengan menggunakan teknologi terkini, eSmart Dispose membantu mempermudah proses dokumentasi dan memastikan pematuhan kepada garis panduan yang ditetapkan oleh pihak institusi serta badan pengawalseliaan.
Mempermudah Proses Pelupusan
Menyediakan platform digital untuk memudahkan pencatatan, pemantauan, dan kelulusan berkaitan pelupusan aset.
Meningkatkan Kecekapan
Pengurusan dokumen yang sistematik dapat membantu mengurangkan masa dan serta menjurus ke arah pengurusan yang lebih mesra alam dengan pendekatan tanpa kertas.
Ketelusan Data
Sistem dan platform yang berpusat menjadikan pengurusan pelupusan aset alih kerajaan menjadi lebih mudah, telus, dan efisien, menyumbang kepada budaya pengurusan aset yang bertanggungjawab di PKS
Menjimatkan Kos
Capaian dokumen berpusat dapat membantu secara pengurusan yang lebih mesra alam dengan pendekatan tanpa kertas.
Mengintegrasi Teknologi Digital
Membangunkan sebuah sistem yang mesra pengguna dan menggunakan teknologi terkini untuk menyokong proses pelupusan yang lebih cekap.
Menyediakan Aksesibiliti Berpusat
Memberikan platform tunggal yang boleh diakses oleh semua jabatan untuk kolaborasi lebih efektif.
Menjadi Rujukan Standard
Menjadikan eSmart Dispose sebagai model pengurusan pelupusan aset di institusi pendidikan lain.