PENGENALAN : TENTANG UNIT PELUPUSAN PKS
PENGENALAN : TENTANG UNIT PELUPUSAN PKS
Unit Pelupusan Politeknik Kuching Sarawak (PKS) merupakan sebuah unit yang mengurus dan menyelaraskan pelupusan aset yang tidak lagi digunakan, rosak, atau usang, bagi mengelakkan pembaziran serta mengoptimumkan ruang dan sumber yang ada.
Unit Pelupusan PKS bertindak berperanan sebagai pusat koordinasi untuk setiap jabatan dan unit di politeknik.
Pelupusan aset alih kerajaan merupakan satu proses penting dalam memastikan pengurusan aset dilakukan dengan cekap, telus, dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
1. Memastikan agensi Kerajaan tidak menyimpan Aset Alih yang tidak boleh digunakan atau tidak diperlukan;
2 Menjimatkan ruang simpanan/ pejabat;
3 Memastikan pelupusan boleh menjana hasil kepada Kerajaan;
4 Memastikan kaedah pelupusan yang dipilih bersifat mesra alam dan lestari.
1. Bertindak sebagai Urus Setia Pelupusan Aset Alih Politeknik Kuching Sarawak.
2. Menyelaras permohonan Pelupusan Aset Alih dari semua jabatan dan unit di Politeknik Kuching Sarawak.
3. Menyemak Laporan Lembaga Pemeriksa (KEW.PA-21) dan memastikan dokumen sokongan disertakan mengikut prosedur kerajaan yang sedang berkuatkuasa.
4. Memastikan Nilai Perolehan Asal Per Item dan Nilai Agregat Perolehan Asal adalah mengikut had kuasa melulus.
5. Mengemukakan permohonan Pelupusan Aset Alih Politeknik Kuching Sarawak kepada Urus Setia Pelupusan di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
6. Melaksanakan pelupusan mengikut kaedah yang diluluskan dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh kelulusan.
7. Mengemas kini rekod Aset Alih dan menyediakan Sijil Pelupusan (KEW.PA-23).
8. Mengemukakan Sijil Pelupusan (KEW.PA-23) kepada Urus Setia Pelupusan di Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
9. Memastikan tindakan pelupusan dilakukan mengikut kaedah diluluskan dan dilaksanakan mengikut peraturan yang berkuatkuasa.
10. Memastikan kaedah pelupusan yang disyorkan adalah menguntungkan Kerajaan dan mesra alam.
11. Memastikan asset-aset yang berada dalam tindakan pelupusan disenaraikan dan disimpan di tempat yang selamat