Aktiviti Fizikal
Bilangan Murid
Bilangan Guru
Bilangan Bilik Darjah / Jumlah Murid Dalam Kelas
SMK Guar Chempedak 2 mempunyai 13 buah kelas. Jumlah murid yang terdapat di dalam kelas dalam lingkungan 15-37 orang murid. SMK Guar Chempedak dikategorikan sebagai sekolah luar bandar.
Suasana Bilik Darjah
Nyatakan bagaimana alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di kelas dan bagaimana ianya digunakan?
Alat hasil pengajaran dan pembelajaran diletakkan di papan kenyataan yang terdapat di belakang kelas dan dapat digunakan oleh murid untuk merujuk kepada bahan-bahan tersebut.
Apakah bahan yang murid boleh gunakan bila mereka memerlukan?
Terdapat pelbagai bahan yang boleh murid gunakan baik dari segi bahan bantu mengajar dan peralatan-peralatan lain seperti penyapu dan berus meja.
Sejauh mana pergerakan murid dibenarkan?
Dalam keadaan Covid-19, pergerakan murid agak terhad dan hanya dibenarkan bergerak mengikut SOP yang ditetapkan seperti penjagaan jarak.
Kenal pasti cara mana murid diletakkan dalam kumpulan?
Seperti yang kita sedia maklum, keadaan Covid-19 menjadikan pergerakan dalam kumpulan sukar dilaksanakan di dalam kelas.
Apakah perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas?
Satu perbezaan yang terdapat pada kedua-dua kelas kelas ialah susunan murid. Di kelas 1 Bestari, murid diletakkan dalam kumpulan berdua manakala di kelas 5 USM, murid diletakkan secara berseorangan sahaja.
Apakah yang membuat ianya berbeza?
Perbezaan tersebut terjadi disebabkan oleh bilngan murid yang berbeza di dalam kedua-dua kelas. Kelas 1 Bestari menempatkan seramai 31 orang murid manakala kelas 5 USM hanya terdapat 15 orang murid sahaja.
PERATURAN DAN DISIPLIN SEKOLAH
Peraturan sekolah dan bilik darjah
Buku Rekod Pendesanan Pelajar (BRPP) / Diari Kelas
Semua guru tingkatan mesti memastikan kelas mereka mempunyai Diari Kelas setiap hari.
Ketua kelas akan mengambil Diari Kelas pada waktu pagi di pejabat. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Ketua Kelas untuk memulangkan Diari Kelas ke pejabat semula.
Diari Kelas hendaklah sentiasa berada dengan Ketua Tingkatan dan diserahkan kepada guru yang masuk pada setiap waktu.
Guru diminta mencatatkan bilangan murid yang berada di dalam kelas pada masa tersebut.
Guru juga mestilah mencatatkan nama-nama murid yang keluar kelas/lambat masuk kelas/ponteng kelas semasa guru mengajar.
Setiap guru yang memasuki kelas mesti memastikan keadaan kelas bersih dan teratur sebelum menandatangi Diari Kelas.
Semua kes salah laku murid yang ringan atau sederhana mesti diambil tindakan oleh guru berkenaan semasa waktunya. Hanya kes-kes berat sahaja perlu dicatatkan dalam Diari Kelas untuk tindakan Guru Disiplin. Jika kes berat yang memerlukan tindakan segera, buat catatan dalam Diari Kelas dan terus maklumkan kepada PK HEM.
Setiausaha Disiplin akan menyemak Diari Kelas setiap hari dan mengambil nama murid yang bermasalah untuk tindakan selanjutnya pada keesokannya.
Pas Keluar
Mana-mana murid yang ingin keluar kelas untuk ke tandas, berjumpa guru dan sebagainya mesti memakai pas kebenaran keluar kelas.
Guru-guru berhak menahan dan meminta murid balik ke kelas untuk mendapatkan pas daripada guru kelas atau guru kelas sebelahnya jika tiada guru.
Cara yang digunakan supaya murid tahu peraturan tersebut
Guru
Semua guru adalah guru disiplin. Oleh itu, guru-guru mestilah memastikan murid mematuhi semua peraturan sekolah setiap masa.
Guru-guru mestilah memberi nasihat dan teguran jika mereka dapati seseorang murid itu melakukan kesalahan disiplin.
Guru-guru mestilah memaklumkan kesalahan-kesalahan disiplin murid yang berat kepada Ketua Guru Disiplin atau PK HEM.
Kelas
Senarai kesalahan-kesalahan akan ditampal di dalam kelas untuk rujukan guru dan murid.
Bagaimana ianya ditangani
Edaran senarai kesalahan ringan, sederhana dan berat kepada:
semu guru
kelas-kelas (untuk ditampal)
bilik-bilik khas
Guru mata pelajaran/guru kelas:
rekod kesalahan murid di buku kawalan kelas
Guru Disiplin akan kumpulkan
Guru Disiplin bawa ke mesyuarat disiplin ikut keperluan
Senaraikan nama murid dan tampal di papan kenyataan:
Kedatangan penuh
2 kali setahun
Kerap ponteng 2 bulan sekali (oleh guru penyelaras)