Proses pengajaran dan pembelajaran yang efektif mampu memberikan impak yang positif baik dari jasmani, emosi, rohani, dan intelek pelajar. Pemilihan kaedah atau strategi untuk menyusun maklumat, aktiviti, pendekatan dan media dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Berpandukan ucapan YB Senator Dato' Dr. Ahmad Masrizal Muhammad selaku Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dalam ucapan beliau berkata, ''Malaysia sedang berusaha melahirkan modal insan minda kelas dunia. Semua pendidik pula mempunyai visi dan misi untuk membentuk masyarakat dinamik dan memimpin.'' Perkara ini amat memerlukan institusi pengajian tinggi yang berkualiti yang mampu melahirkan pemimpin bertaraf dunia. Pelbagai pihak perlu memainkan peranan dalam usaha membina modal insan yang maju ke hadapan. Persis kata cendekiawan, ujian datang silih berganti. Ia merupakan warna warni kehidupan setiap insan. Laluilah ia dengna sabar agar kualiti iman kita meningkat. Kerana ujian itu mematangkan keimanan kita. Begitulah wasiat imam al-Ghazali. Kerjaya sebagai pendidik harus kental mengharungi ujian. Pelbagai kerenah murid yang perlu ditangani dengan adil dan saksama. Jadilah pendidik yang bertamadun. Demi mentarbiahkan murid ke arah biah yang memartabatkan ilmu diiringi adab sebagai penuntut ilmu era globalisasi.
Pengajaran yang berkesan boleh meningkatkan tahap prestasi pelajar bahkan dapat diimplementasikan oleh setiap pendidik di dalam kelas. Antaranya ialah guru bijak dalam menggunakan bantuan bahan bantu mengajar (BBM) terutamanya dalam teknologi terkini. Hal ini demikian kerana, perkara ini mampu menarik minat pelajar dan memupuk semangat ingin tahu dalam kalangan mereka. Bahan bantu mengajar ini pelajar mudah mengingat sesuatu subjek yang dipelajari dan mudah untuk difahami oleh pelajar. BBM yang biasa digunakan didalam sesebuah sekolah adalah seperti kad imbasan, gambar, VCD dan sebagainya. Malah dimodenkan dengan penggunaan aplikasi terkini seperti Classpoint, Whiteboard.chat, Plotagon dan banyak lagi. Sebagai contoh apabila seseorang guru itu menggunakan kaedah permainan dalam proses pembelajaran dalam bilik darjah, maka pelajar akan lebih tertarik untuk mempelajari topik baharu seiring dengan kaedah pembelajaran yang baharu.
Selain itu, kepelbagaian kemahiran guru dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran turut menyumbang kepada pengajaran yang padu. Kemahiran menyoal merupakan sebahagian kemahiran yang penting dalam aktiviti pengajaran dimana ia adalah antara faktor terbesar yang mampu membina semangat untuk belajar. Pembentukan soalan yang diberikan oleh guru hendaklah tepat, jelas dan ringkas. Guru pula hendaklah melayan jawapan dengan memberikan pujian dan sekiranya jawapan yang diberikan salah maka guru hendaklah baiki jawapan murid. Begitu juga dengan kemahiran menerang dan kemahiran-kemahiran lain yang mesti dikuasai oleh guru bagi menarik perhatian murid. Dengan demikian, guru digalakkan sentiasa menambahkan pengetahuan dalam mempelbagaikan kemahiran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah. Secara sistematiknya boleh membantu anak murid untuk lebih memahami ilmu yang disampakan guru di dalam kelas. Hal ini berlaku kerana, murid akan terdorong untuk belajar dengan lebih mendalam lagi pelajaran tersebut dengan lebih bersemangat.
Seterusnya, faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik adalah faktor persekitaran. Perkara ini melibatkan aspek fizikal yang terdapat di dalam bilik darjah yang menjadi kawasan untuk pelajar menimba ilmu pengetahuan. Susun atur meja dan kerusi di dalam kelas boleh memberi pengaruh yang positif atau negatif kepada guru dan juga pelajar. Hal ini terjadi kerana, guru memerlukan suasana yang selesa untuk mengajar manakala murid memerlukan keadaan yang damai bagi memahami sunjek yang diberikan oleh guru. Tamsilnya, suasana bilik darjah yang bersih dan kemas akan memberi inspirasi kepada murid untuk belajar. Di sini menunjukkan bahawa, guru memainkan peranan penting dalam memupuk murid-murid untuk menceriakan bilik darjah masing-masing. Idea-idea bernas untuk menyerikan suasana boleh dikongsikan guru kepada pelajar untuk menambah beberapa sudut di dalam kelas seperti sudut bacaan, info patriotik dan pelbagai lagi. Secara tidak langsung mendorong murid untuk belajar dengan baik dan menjadikan faktor persekitaran sebagai penyumbang kepada pengajaran yang berkesan. Kebersihan kelas juga menyumbang kepada faktor pengajaran berkesan. Bilik darjah yang bersih memberikan inspirasi kepada murid semasa belajar. Seperti kata pujangga Islam, kebersihan itu sebahagian daripada iman. Di sini guru memainkan peranan dalam memberikan dorongan kepada murid untuk bersama-sama membersihkan dan menceriakan bilik darjah masing-masing. Tahap keceriaan dalam sesebuah bilik darjah akan menjadi lebih menarik apabila diwujudkan satu sudut ‘Sudut Bacaan’ dimana sudut ini diletakkan beberapa buah buku cerita, artikal dan akhbar bagi merangsang murid didalam kelas untuk membaca dan seterusnya menanamkan minat membaca dikalangan pelajar.
Tambahan pula, begitu juga peranan ibu bapa tidak boleh diabaikan dan turut menjadi penyumbang penting kepada pengajaran yang berkesan. Hal ini kerana, ibu bapa merupakan pengaruh terbesar atas segala tindakan dan proses pembesaran anak-anak. Kedua-dua ibu bapa haruslah memberikan contoh yang baik termasuklah dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak dan tidak meyerahkan sepenuhnya kepada para guru di sekolah semata-mata. Ibu bapa hendaklah mengambil berat tentang pelajaran anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa memberikan respon yang baik ketika ditanya anak-anak mereka. Contohnya,guru memberikan kerja sekolah atau tugasan kepada pelajar untuk diselesaikan di rumah, maka ibu bapa haruslah menolong anak mereka jika ia tidak memahami tugasan tersebut. Ibu bapa juga haruslah memastikan tugasan yang diberikan itu disempurnakan dengan sebaiknya. Tambahan pula, penyusunan jadual waktu di rumah amatlah penting dan ibu bapa haruslah bijak menyesuaikan masa untuk menyiapkan tugasan sekolah dan waktu bermain di rumah. Ini bagi memupuk sikap tanggungjawab yang perlu ada dalam diri seseorang pelajar dan menjadikan ia sebagai manusia yang berguna. Maka, jelaslah bahawa peranan ibu bapa ini menjadi faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan dan boleh mendorong murid untuk belajar dengan baik. Contoh yang dapat dilihat disini adalah seperti apabila guru memberikan tugasan kepada murid-murid maka mereka hendaklah menyelesaikan tugasan itu. Ibu bapa pula hendaklah memastikan tugasan yang disediakan guru kepada anak mereka siap. Penggunaan teknologi maklumat juga antara punca yang mampu menyumbang kepada pengajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar.Pengajaran yang berasaskan teknologi maklumat juga adalah seperti internet. Tetapi pihak ibu bapa dan keluarga hendaklah memastikan anak-anak mereka melayari internet dengan betul kerana kebanyakan anak-anak apabila mereka tidak dipantau ketika menggunakan internet mereka mudah mengakses laman-laman web yang melalaikan.
Kesimpulannya, faktor-faktor yang boleh menyumbang kepada pengajaran berkesan adalah banyak yang mana ia mampu mendorong murid untuk belajar dengan baik dan cemerlang. Faktor dan peranan daripada guru dan ibu bapa adalah antara yang terpenting yang mana ia mampu menyumbang seseorang murid itu untuk belajar dengan lebih baik. Selain itu, faktor-faktor lain seperti alat bantu mengajar, mengadakan aktiviti tambahan dan sebagainya juga boleh menyumbang kepada dorongan pelajar untuk belajar dengan lebih baik. Oleh itu, sekiranya faktor-faktor ini dititik beratkan oleh setiap guru mahupun mereka yang berkenaan maka prestasi murid akan bertambah cemerlang dan sekolah akan terbilang Oleh itu, jika setiap faktor ini diambil kira dan digunakan dengan efektif oleh setiap komuniti masyarakat yang berhubung dengan pelajar, maka murid akan mampu belajar dengan baik dan tekun seterusnya mampu meningkatkan prestasi pelajaran mereka ke arah yang lebih cemerlang lagi. Rumusan daripada Program Rancangan Orientasi Sekolah yang telah saya laksanakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Chempedak 2 memberikan gambaran persekitaran dan budaya yang positif dan kondusif. Saya melihat sekolah ini berpotensi untuk meningkatkan prestasi akademik dan kokorikulum murid kerana guru dan pihak sekolah telah memainkan peranan yang dominan melalui pelbagai strategi. Ibubapa juga dilihat memainkan peranan penting terhadap kecemerlangan anak-anak mereka tidak kiralah dari aspek akademik mahupun kokurikulum. Kerjasama yang diberikan oleh pelajar juga mampu membawa sekolah ini kepada suatu tahap yang lebih baik. Hubungan baik antara guru dan pelajar dilihat sangat akrab manakala hubungan guru dengan ibubapa pula begitu rapat. Ini sememangnya dapat membangunkan potensi dan kecemerlangan setiap pelajar di SMK Guar Chempedak 2. Jasmani, emosi, rohani, dan intelek murid yang rasional akan menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran berkesan dan seterusnya mendorong murid untuk belajar dengan baik.