Pengurusan Bilik Darjah
Pendidikan Islam Tingkatan 4
1. Bagaimanakah murid memberi tumpuan?
Murid memberi tumpuan dengan baik.
2. Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?
Murid aktif memberi maklum balas kepada soalan guru.
3. Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?
Guru menceritakan dengan jelas mengenai tajuk tersebut.
4. Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.
Sesuatu arahan diberi dengan jelas menggunakan suara dan arahan yang jelas.
5. Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?
Guru memanggil nama murid dan menjelaskan arahan dengan jelas.
6. Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah siap tugasan/ tidak ada tugasan?
Guru berbincang secara santai dengan murid mengenai tajuk yang dipelajari.
7. Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti yang lain?
Guru menguruskan murid dengan cekap.
8. Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?
Memberi hadiah atau kata-kata pujian.
9. Bagaimanakah guru menamatkan pengajaran?
Membuat aktiviti soal jawab ringkas dan konklusi yang berkesan.
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 4
1. Bagaimanakah murid memberi tumpuan?
Murid memberi tumpuan dengan baik.
2. Bagaimanakah penglibatan murid dalam perbincangan?
Murid bercerita mengenai pengetahuan mereka berdasarkan tajuk tersebut.
3. Bagaimanakah guru memberikan penekanan dalam pengajaran?
Guru memberikan contoh-contoh yang berkaitan dengan tajuk yang dipelajari.
4. Adakah sesuatu arahan itu diberi dengan jelas? Terangkan.
Sesuatu arahan diberi dengan jelas dengan menggunakan arahan yang ringkas dan mudah difahami.
5. Bagaimanakah arahan diberikan kepada murid supaya menjalankan tugas dengan efektif?
Guru memanggil nama murid dan menjelaskan arahan dengan jelas.
6. Bagaimanakah cara guru mengendalikan masalah disiplin dan keadaan semasa murid telah siap tugasan/ tidak ada tugasan?
Guru menayangkan gambar-gambar yang berkaitan dengan tajuk.
7. Bagaimanakah guru menguruskan murid dari satu aktiviti yang lain?
Merancang gerak kerja dengan tersusun dan membuat persediaan awal.
8. Bagaimanakah guru menyediakan murid supaya menyiapkan tugasan yang diberi?
Memberi hadiah atau kata-kata pujian.
9. Bagaimanakah guru menamatkan pengajaran?
Membuat aktiviti soal jawab ringkas dan konklusi yang berkesan.
Kemahiran Mengajar dan Strategi Pengajaran
Pendidikan Islam Tingkatan 4
Sukatan pelajaran
Guru mengikut sukatan pelajaran yang lengkap dengan merujuk DSKP Pendidikan Islam Tingkatan 4.
Penyampaian dan Pengelolaan
Set Induksi / Permulaan pengajaran - Guru memulakan pengajaran dengan membuka sebuah lagu di youtube yang berkaitan dengan tajuk.
Perkembangan Pengajaran - Bermulanya topik hari ini, guru mengajar dengan memberikan penerangan terhadap tajuk yang dipelajari dengan jelas dengan menggunakan kaedah syarahan.
Penutup - Sebelum kelas berakhir, guru merumuskan topik yang dipelajari. Guru juga memberikan beberapa soalan kepada murid untuk dijawab. Guru juga menyentuh teknik menjawab soalan peperiksaan bagi tajuk tersebut.
Keperibadian guru
Guru menggunakan suara yang jelas dan arahan yang mudah difahami.
Guru juga menjaga kata-kata dengan menggunakan bahasa yang lembut.
Guru juga mengenakan pakaian yang sesuai bagi sesi PdPR.
Pendidikan Abad ke-21 (Kemahiran Profesional dan Kemahiran mengajar)
Guru bijak dan berpengetahuan dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran di mana berpusatkan kepada murid dan banyak membetulkan kesilapan murid.
Teknik penerangan yang digunakan boleh mengaitkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam diri murid.
Persoalan yang meliputi pelbagai aras kognitif taksonomi bloom memberi respons dan tindak balas positif supaya pelajar aktif di dalam kelas.
Penggunaan soalan, memberi penerangan, pergerakan penyampaian dalam pengajaran, penggunaan alatan, respons kepada kerja rumah, penggunaan suara dan 'eye contact', pergerakan badan.
Beliau mahir berinteraksi dengan semua murid dalam memberi penerangan.
Mendidik murid untuk berusaha menjadi murid yang cemerlang.
Gaya seorang guru yang periang dengan pelajar mampu mengeratkan hubungan demi memudahkan proses PdP dijalankan.
KEKUATAN
Guru meminta murid menerangkan semula apa yang didengari mengikut kefahaman murid. Murid diberi kebebasan.
Suara yang jelas menyebabkan arahan mudah diterima oleh murid.
KELEMAHAN
Sesi penerangan hanya berpandukan setempat sahaja dan mengakibatkan murid tidak boleh berbincang dengan rakannya semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi internet yang menyebabkan tidak ramai murid dapat menghadiri kelas.
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 4
Sukatan pelajaran
Guru mengikut sukatan pelajaran yang lengkap dengan merujuk DSKP Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Tingkatan 4.
Penyampaian dan Pengelolaan
Set Induksi / Permulaan pengajaran - Guru memulakan sesi pengajaran dengan menayangkan gambar-gambar dan keratan akhbar mengenai tajuk.
Perkembangan Pengajaran - Bermulanya topik hari ini, guru mengajar dengan memberikan penerangan terhadap tajuk yang dipelajari dengan jelas dengan menggunakan kaedah syarahan.
Penutup - Sebelum kelas berakhir, guru merumuskan topik yang dipelajari. Guru mengulang semula dengan memfokuskan kepada kata kunci terhadap tajuk yang dipelajari supaya murid lebih mudah ingat.
Keperibadian guru
Guru menggunakan suara yang jelas dan arahan yang mudah difahami.
Guru selalu memberi respons terhadap jawapan murid dengan memberi kata-kata pujian.
Guru juga mengenakan pakaian yang sesuai bagi sesi PdPR.
Pendidikan Abad ke-21 (Kemahiran Profesional dan Kemahiran mengajar)
Guru mahir dan berketrampilan dalam pedagogi pengajaran dan pembelajaran di mana berpusatkan kepada murid dan banyak membetulkan kesilapan murid.
Teknik menyoal yang digunakan boleh membangkitkan pemikiran secara kreatif dan kritis dalam diri murid.
Guru juga bersifat ingin membantu dan memiliki kemahiran untuk menarik perhatian murid.
Penggunaan soalan, memberi penerangan, pergerakan penyampaian dalam pengajaran, penggunaan alatan, respons kepada kerja rumah, penggunaan suara dan 'eye contact', pergerakan badan.
Beliau pandai menggunakan intonasi dalam memberi penerangan.
Membimbing murid untuk menjawab soalan dengan baik.
Gaya seorang guru yang mesra dengan pelajar mampu mengeratkan hubungan demi memudahkan proses PdP dijalankan.
KEKUATAN
Guru meminta murid menceritakan pengetahuan murid mengenai tajuk tersebut. Murid boleh menjadi kreatif.
Penggunaan BBM gambar dapat memberi gambaran yang lebih jelas.
KELEMAHAN
Sesi penerangan hanya berpandukan setempat sahaja dan mengakibatkan murid hanya mendengar dan bercerita semasa proses pengajaran dan pembelajaran.
Penggunaan teknologi internet yang menyebabkan tidak ramai murid dapat menghadiri kelas.
PERSAMAAN
Guru menggunakan suara dan arahan yang jelas.
Guru sentiasa memberikan kata-kata pujian terhadap maklum balas murid.
Guru menggunakan teknologi internet
PERBEZAAN
Bagi kelas Pendidikan Islam, guru menggunakan video sebagai set induksi manakala bagi kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, guru menggunakan gambar sebagai set induksi.
Kelas Pendidikan Islam lebih banyak menggunakan kaedah syarahan yang memerlukan guru menerangkan fakta-fakta yang terdapat dalam tajuk tersebut manakala bagi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan murid lebih banyak megeluarkan idea dan cerita.
Perkara yang dapat dipelajari daripadanya.
Perkara yang saya dapat pelajari berdasarkan kedua-dua situasi tersebut, guru mestilah mahir dalam menggunakan aplikasi pembelajaran terkini seiring dengan pembelajaran abad ke-21. Guru perlu lebih aktif dan membuat pelbagai aktiviti untuk mengasah bakat terpendam yang ada dalam diri murid-murid. Dengan mencungkil bakat mereka, guru dapat menilai potensi murid untuk lebih berjaya di masa hadapan kelak.
Pendidikan Islam
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan