Pembelajaran Teradun (Blended Learning)

Definisi

Pendekatan

Pendekatan Pembelajaran Teradun adalah salah satu kaedah dalam e-PEMBELAJARAN. Pendekatan ini menggunakan teknologi digital terkini untuk memberi peluang dan kebebasan kepada orang ramai terutamanya pensyarah dan pelajar, tidak kira di mana mereka berada. Faktor peluang dan kebebasan ini amat berharga kepada mereka yang ingin memperbaiki kemampuan diri dalam memastikan masa depan yang lebih bermakna

Objektif

1.Menyesuaikan penyampaian pengajaran dan pembelajaran(PdP) selaras dengan kehendak Dasar e-Pembelajaran  Negara(DePAN)  dan Pendidikan abad ke-21

2.Mengamalkan pendidikan yang mengetengahkan kemahiran pengurusan kendiri dalam PdP

3.Membudayakan amalan literasi digital bagi semua warga akademik institusi

Komponen

Pembelajaran Teradun mengandungi beberapa komponen pembelajaran. Setiap komponen ini mempunyai peranan yang tersendiri dalam memastikan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan. Berikut adalah komponen pembelajaran teradun tersebut iaitu:


LO (Learning Object)

Learning Object(LO) dibina melalui teknologi SCORM (Sharable Content Object Reference Model). Ia boleh dipantau kegunaannya oleh pelajar melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran (Learning Management System – LMS) seperti CIDOS (Curriculum Information Development Online System). Setiap LO mesti mempunyai lima(5) bahagian yang wajib dilawati oleh pelajar iaitu:


e-Notes

e-Notes adalah nota dalam bentuk digital yang dimuatnaik ke portal LMS- CIDOS.  Ia dianggap sebagai pembelajaran terarah di mana pensyarah perlu memastikan supaya e-Notes ini dibaca dan difahami oleh pelajar. e-Notes boleh dibangunkan dalam bentuk dokumen PDF (Portable Document Format).


e/ Collaborative Classroom

Ia merupakan komponen pembelajaran teradun yang terpenting kerana pensyarah boleh memantau dan mengukur kefahaman pelajar. Komponen ini berbentuk perbincangan yang boleh dilaksanakan sama ada secara “real-time” atas talian atau mod tradisional bersemuka. Komponen ini hendaklah dilaksanakan berasaskan kefahaman "Flipped Classroom" dan dikira sebagai komponen pembelajaran terarah. Ia juga adalah komponen paling fleksibel kerana memberi peluang kepada pensyarah atau institusi untuk melaksanakan kelas perbincangan menggunakan 2 pendekatan tersebut berteraskan definasi operasi Pembelajaran Teradun.


Complementary e-Contents

Ini adalah komponen tambahan yang diharap dapat mengukuhkan kefahaman pelajar. Komponen ini boleh dibangunkan dalam bentuk video iaitu Video Demonstratif dan Video Konseptual. Video Demonstratif adalah video yang menunjukkan cara sesuatu proses kerja amali dijalankan, manakala Video Konseptual menerangkan konsep atau teori sesuatu topik pembelajaran. Komponen ini dianggap sebagai Pembelajaran Terarah Kendiri (Independent Learning). Ia tidak dibina dengan menggunakan teknologi SCORM, maka penggunaannya tidak boleh dipantau oleh LMS. 


Practical

Komponen ‘Practical’ atau pembelajaran amali adalah komponen pembelajaran teradun yang terakhir. Walaupun komponen ini tidak akan dilaksanakan secara atas talian tetapi ia masih satu komponen penting dalam pengiraan konsep pembelajaran teradun. Ini adalah kerana kesemua komponen-komponen lain seharusnya dibangunkan dengan mengambil kira keberkesanan pengalaman amali yang akan dilalui oleh pelajar. Video demonstratif boleh digunakan untuk membantu pelajar memahami proses kerja dengan lebih berkesan serta seterusnya melaksanakan kerja amali tersebut.