Penyelaras HelpDesk

Jawatankuasa Penyelaras HelpDesk terdiri daripada penyelaras e-PEMBELAJARAN di setiap Program/ Unit.

Berikut adalah senarai Penyelaras HelpDesk :

KKPB Hotspot

Lokasi Wi-Fi Access Point (Hotspot) di KKPB untuk memastikan pelaksanaan e-PEMBELAJARAN berjalan dengan lancar dan pantas.  

Blok A, B, C, D, E, F, Asrama, dan Kafeteria


Keseluruhan lot

Soalan Lazim(FAQ)

1.Apakah maksud pembelajaran digital?

"Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi untuk memudah cara proses PdP sebagaimana yang telah digunapakai dalam dasar e-pembelajaran negara (DePAN). Pendekatan Pembelajaran Teradun(Blended Learning) adalah salah satu kaedah dalam pembelajaran digital." 

2. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembelajaran Teradun(Blended Learning)?

"Adalah amalan pengajaran yang menggabungkan mod pengajaran bersemuka secara tradisional dengan mod teknologi atas talian(PdPDT) sebagai medium utama pembelajaran." 

3. Apakah maksud Pengajaran dan Pembelajaran secara Dalam Talian (PdPDT)?

"PdPDT adalah aktiviti PdP yang dijalankan secara atas talian yang boleh dicapai/ digunakan di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja dengan adanya capaian internet dan boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet. "

4.Bagaimana PDPDT boleh dilaksanakan?

"PDPDT boleh dilaksanakan dalam 3 cara seperti berikut: 

i. Synchronous: Real time online lecture, yang bermaksud, pelajar dan pensyarah boleh berinteraksi secara "real-time" 

   dalam talian. 

ii. Asynchronous: Pensyarah merekod video PdP dan muatnaik ke satu platform (Contohnya: Portal CIDOS/ Youtube

    dsbnya) dimana pelajar boleh menonton video tersebut pada bila-bila masa. 

iii. Kombinasi kedua-dua pendekatan mengikut kesesuaian. "



Maklumbalas

Untuk sebarang pertanyaan / permasalahan berkenaan PEMBELAJARAN DIGITAL di KKPB/ KKPBCM, sila isi borang di bawah: