Audit Dalaman EKSA bil. 2/2024 telah dilaksanakan selama 2 hari iaitu bermula 26hb September 2024 sehingga 27hb Sepetember 2024. Audit yang dijalankan adalah berdasarkan garis panduan pelaksanaan amalan EKSA versi 2/2017 dengan menggunakan kriteria yang terdapat dalam senarai semak pengauditan amalan EKSA yang disediakan oleh pihak MAMPU.
i. Markah keseluruhan bagi audit dalaman EKSA bagi zon Perkembangan Perubatan bil.2/2024 adalah sebanyak 96.89 %.
ii. Keputusan audit dalaman EKSA bil.2/2024 di setiap sub zone bagi zon Perkembangan Perubatan adalah seperti berikut :
Secara keseluruhan, semua Cawangan/ Unit di zon Perkembangan Perubatan telah menunjukkan komitmen yang sangat baik untuk terus melaksanakan amalan EKSA di cawangan masing-masing. Namun masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang. Setiap penemuan audit dan teguran telah dibuat penambahbaikan oleh setiap Cawangan/ Unit bagi memastikan amalan EKSA dilaksanakan dengan baik.
Kerjasama dari semua zon sebagai satu pasukan adalah penting untuk memastikan amalan EKSA terus berjaya dilaksanakan seperti yang digariskan. Selain itu, komitmen semua warga dalam setiap zon untuk mengamalkan EKSA juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan EKSA sentiasa dilaksanakan.
Audit dalaman EKSA bil. 1/2024 telah berjaya dijalankan selama 2 hari iaitu bermula 2 Mei sehingga 3 Mei 2024. Audit yang dijalankan adalah berdasarkan garis panduan pelaksanaan amalan EKSA versi 2/2017 dengan menggunakan kriteria yang terdapat dalam senarai semak pengauditan amalan EKSA yang disediakan oleh pihak MAMPU.
Secara keseluruhannya, didapati Zon Perkembangan Perubatan telah melaksanakan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan cemerlang dan mematuhi sebahagian besar kriteria pensijilan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) MAMPU serta memperoleh markah 96.75%.
Penemuan: Pelaksanaan sudut “Go Green” yang menarik di ruangan balkoni Zon Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan
Sudut “Pumping Spa Corner” untuk manfaat ibu-ibu menyusu di Zon Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (HTA)
Ruang dilengkapi mesin Foot Massage dan breasfeeding support info
Nursing cover serta penghadang meja yang dilengkapi dengan informasi berkaitan penyusuan disediakan sekiranya ibu perlu mengepam susu di kubikel sendiri
Amalan baik - keadaan stor yang tersusun rapi
Secara keseluruhan, semua Cawangan/ Unit di zon Perkembangan Perubatan telah menunjukkan komitmen yang sangat baik dalam pelaksanaan amalan EKSA. Namun masih terdapat beberapa penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang .
iKerjasama dari semua zon sebagai satu pasukan adalah penting untuk memastikan amalan EKSA terus berjaya dilaksanakan seperti yang digariskan. Setiap penemuan audit dan teguran perlu dibuat penambahbaikan oleh setiap Cawangan/ Unit bagi memastikan amalan EKSA dilaksanakan dengan baik.