Audit Dalaman EKSA Bil. 2/2023 telah berjaya dijalankan selama 2 hari iaitu bermula 7 November sehingga 8 November mengikut jadual yang telah ditetapkan sepanjang Minggu EKSA di Zon Perkembangan Perubatan. Audit yang dijalankan adalah berdasarkan garis panduan pelaksanaan amalan EKSA versi 2/2017 dengan menggunakan kriteria yang terdapat dalam senarai semak pengauditan amalan EKSA yang disediakan oleh pihak MAMPU.
Terdapat beberapa penemuan bagi amalan baik yang boleh dicontohi seperti inovasi dan kreativiti yang dihasilkan oleh anggota dengan menggunakan barangan terpakai seperti tempat letak kasut yang dibuat daripada kotak, Pumping Spa Corner dan sudut kesihatan.
Terdapat juga penemuan sudut go green di setiap subzone seperti tong sampah kitar semula, notis-notis penjimatan elektrik dan air dipaparkan.
Masih terdapat bilik pegawai yang tidak kemas dan fail tidak disusun rapi serta tidak diletak nombor dan senarai indeks seperti yang disarankan.
Masih terdapat sebahagian laci alat tulis yang tidak kemas, alat tulis dan barangan lain di dalam laci yang tidak disusun mengikut ruang yang sepatutnya.
Masih terdapat kabel atau pendawaian yang tidak disusun kemas dan terdapat bekas air serta botol kicap berdekatan yang boleh membahayakan pegawai.
Terdapat juga plug yang masih tidak dilabelkan.
KEW-PA 7 masih ada yang tidak dikemaskini dengan sempurna.
Terdapat peralatan yang berhabuk dan berdebu.
Pantri yang tidak disusun atur dengan kemas dan kotor.
Bilik stor yang tidak disusun dengan baik.
Terdapat susunan fail dan kotak yang mencecah hingga ke siling dan keseluruhan ruang pejabat.
Markah keseluruhan bagi Audit Dalam EKSA bagi zon Perkembangan Perubatan adalah sebanyak 94.64%.
Berikut pula merupakan keputusan Audit Dalaman EKSA bil.2/2023 di mana piala pusingan telah diberikan kepada subzon mengikut peratusan tertinggi:
Cawangan Perkembangan Profesion Perubatan : 98.20%
Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan : 95.35%
Cawangan Perkembangan Perkhidmatan Perubatan : 95.05%
Cawangan Kualiti Penjagaan Perubatan : 94.00%
Unit Pentadbiran & Kewangan : 92.73%
Unit Teknikal Bantuan Perubatan : 92.52%
Secara keseluruhan, semua Cawangan / Unit Di Bahagian Perkembangan Perubatan telah menunjukkan komitmen yang baik dalam pelaksanaan amalan EKSA. Namun masih ada ruang untuk penambahbaikan yang perlu dilaksanakan pada masa akan datang.
Kerjasama sebagai satu pasukan adalah penting untuk melaksanakan amalan EKSA ini yang perlu sentiasa amal. Setiap penemuan audit dan teguran perlu dibuat penambahbaikan oleh setiap Cawangan / Unit bagi memastikan amalan EKSA dilaksanakan dengan baik. Beberapa penemuan audit yang kerap berulang dan perlu dibuat penambahbaikan seperti kekemasan bilik pegawai dan ruang kerja anggota, kekemasan pendawaian, pelabelan pada plug, susun atur alat tulis dalam laci yang tidak teratur dan kebersihan pantri.