AMALINA RASHID
Saya Amalina Rashid atau nama penuh Amalina Binti Abdul Rashid. Saya merupakan Perunding Hartanah Berdaftar dibawah Lembaga Penilai, Pentaksir ,Ejen Hartanah dan Pengurus Harta (LPPEH). Saya kini bernaung dibawah agensi hartanah berdaftar iaitu LEGACY REAL PROPERTY Sdn Bhd.
Saya merupakan lulusan Diploma Seni Halus dari Universiti Teknologi Mara (UITM). Saya telah memulakan kerjaya sebagai Perunding Hartanah (REN 54334) sejak tahun 2020 sehingga kini.
Dengan kemahiran dan pengalaman yang saya ada ,saya telah berjaya membantu menyelesaikan pelbagai masalah pemilik hartanah. Bagi saya ,setiap urusniaga hartanah adalah unik, mempunyai cabaran dan masalah tersendiri, bukan sahaja kerana keadaan hartanah tersebut malah berkaitan status hakmilik, sekatan, profil pemilik dan kekuatan kewangan pembeli juga memainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesuatu urusniaga hartanah.
Dengan ilmu dan pengalaman saya dan pasukan yang ada sedikit sebanyak dapat membantu memastikan transaksi jualan hartanah anda selamat dan diuruskan dengan baik.
Saya menyediakan perkhidmatan Semak Nilai Hartanah / Check Market Value secara percuma khusus untuk pemilik hartanah yang ingin menggunakan perkhidmatan kami.
Saya sedia membantu dalam penjualan rumah anda. Boleh hubungi saya dahulu untuk dapatkan harga market value dan juga harga yang sesuai untuk menjual rumah dengan cepat dan menguntungkan
Bantuan untuk dapatkan khidmat peguam untuk belian rumah. Selain dari guaman kami juga membantu dari segi pinjaman perumahan bakal pembeli rumah anda nanti sehingga berjaya lulus.