Pasaran hartanah hari ini sangat kompetitif. Ratusan rumah masih belum berjaya dijual dan nilainya mencecah berbillion ringgit. Rumah anda akan bersaing dalam ‘lautan’ hartanah ini. Adakah ia mampu terjual?
Hakikatnya, jual rumah bukan sekadar letak iklan dan tunggu pembeli. Anda perlukan masa, pengetahuan, strategi dan tindakan yang tepat. Masalah boleh muncul bila-bila masa dan jika tersilap langkah, jualan boleh gagal.
Amalina Rashid sedia membantu anda uruskan semuanya — dari mula hingga selesai.
Menentukan harga rumah bukan tugas mudah.
Amalina akan bantu anda dengan kajian pasaran terkini di kawasan anda supaya anda tahu harga sebenar yang boleh menarik pembeli .Bukan terlalu tinggi, bukan terlalu rendah.
Harga yang tepat = rumah lebih sesuai untuk terjual.
Anda akan dibantu untuk memahami:
-Jangka masa proses jualan
-Kos terlibat (guaman, bank, cukai)
-Anggaran keuntungan selepas jualan
Semua ini penting supaya anda boleh buat keputusan dengan yakin dan realistik, tanpa sebarang kejutan di hujung jalan.
Amalina akan pastikan iklan hartanah anda:
-Dipaparkan di portal hartanah popular & efektif
-Disebarkan melalui media sosial aktif
-Diedarkan dalam jaringan lebih 200 ejen berdaftar yang mungkin sudah ada pembeli
Semua iklan akan dipantau dan dikemaskini secara berkala untuk pastikan sentiasa menarik perhatian pembeli.
4. Urusan Jualan yang Lancar & Tersusun
Setiap pembeli berbeza. Amalina akan bantu:
-Menapis pembeli yang benar-benar layak
-Memastikan kelulusan pinjaman boleh dijangka
-Menyambungkan anda dengan jurubank dan peguam berpengalaman di kawasan Utara.
Tujuannya satu: Urusan jualan rumah anda selesai tanpa tekanan.
Amalina ialah ejen berdaftar di bawah Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH), mematuhi undang-undang dan etika profesional.
Berpengalaman membantu ratusan pemilik hartanah menjual rumah dengan berjaya di Kedah, Perlis, Penang & Perak.
Amalina tidak ambil terlalu banyak listing serentak — supaya setiap klien mendapat perhatian dan layanan yang teliti.
Untuk hartanah yang dalam keadaan baik, Amalina akan bantu sediakan:
-Video pemasaran profesional
-Paparan visual rumah anda secara menarik di platform digital
Ini bantu pembeli buat keputusan lebih cepat dan tingkatkan kepercayaan.
Jika anda mempunyai hartanah untuk dijual di Kedah, Perlis, Pulau Pinang atau Perak, tekan butang Icon WhatsApp di bawah untuk respon segera.
Amalina akan hubungi anda untuk:
-Dapatkan maklumat rumah
-Buat semakan harga pasaran
-Rancang strategi jualan terbaik