"Membeli rumah adalah satu langkah besar yang memerlukan perancangan teliti. Ramai orang teragak-agak kerana kekurangan pengetahuan tentang proses dan tips yang penting. Artikel ini memberikan panduan lengkap untuk anda yang ingin memiliki rumah impian"-Amalina Rashid
"Tip dan Panduan Lengkap Membeli Rumah"
1. Fahami Kemampuan Kewangan Anda
Berapa sebenarnya gaji minimum untuk layak membeli rumah?
Biasanya, bank akan melihat Debt Service Ratio (DSR) anda. Secara umum, jika gaji bersih anda RM3,000, anda mungkin layak membeli rumah sekitar RM250,000 hingga RM300,000, bergantung pada komitmen bulanan lain.
Info Tambahan: Anda boleh semak kelayakan dengan bantuan banker atau ejen hartanah untuk mendapatkan kepastian dan mengelakkan kesilapan ketika membuat keputusan.
2. Kumpulkan Duit Pendahuluan (Deposit)
Rumah biasanya memerlukan deposit 10% daripada harga jualan. Jika rumah berharga RM300,000, anda perlu menyediakan RM30,000.
Info Tambahan: Tidak semua rumah memerlukan deposit penuh. Ada rumah yang hanya memerlukan deposit minimum, bergantung pada tawaran pemaju atau skim tertentu. Ejen hartanah juga boleh membantu anda meminimumkan kos deposit ini.
3. Pilih Lokasi yang Strategik
Lokasi menentukan nilai rumah anda di masa depan. Fikirkan jarak ke tempat kerja, sekolah anak-anak, dan kemudahan awam.
4. Kenal Pasti Kos Tambahan
Selain deposit, anda perlu membayar yuran guaman, duti setem, dan yuran penilaian. Kos tambahan ini boleh mencecah 5-7% daripada harga rumah.
5. Berapa Lama Proses Membeli Rumah?
Proses pembelian rumah biasanya mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan, bergantung pada kelulusan bank dan proses dokumentasi.
6. Pilih Bank yang Memberi Kadar Faedah Terbaik
Bandingkan kadar faedah antara bank. Jangan hanya terima tawaran pertama. Perbezaan kecil dalam kadar faedah boleh menjimatkan ribuan ringgit sepanjang tempoh pinjaman!
Info Tambahan: Tempoh ini juga bergantung kepada kelengkapan dokumen yang diserahkan oleh peminjam.
Info Tambahan: Kadar faedah juga bergantung kepada 'Client Profile' dan juga 'Scoring' berdasarkan dokumen peminjam.
7. Tips Membeli Rumah Pertama
Pilih rumah yang berada dalam bajet anda. Jangan terlalu tergesa-gesa membeli rumah besar kerana mungkin ia akan membebankan kewangan anda.
Info Tambahan: Rumah pertama tidak semestinya rumah impian anda. Fokus pada keperluan asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada rumah idaman.
8. Semak Rekod Kredit Anda
Pastikan skor kredit anda berada dalam keadaan baik. Bank cenderung meluluskan pinjaman untuk individu dengan rekod kredit yang bersih. Untuk meningkatkan peluang, elakkan tunggakan kad kredit atau pinjaman lain sebelum memohon.
9. Gunakan Servis Ejen Hartanah Berdaftar
Salah satu langkah penting semasa membeli rumah adalah berurusan dengan ejen hartanah berdaftar. Ejen berdaftar mempunyai pengetahuan, pengalaman, dan akses kepada pasaran hartanah yang lebih luas, membantu anda membuat keputusan yang lebih bijak dan menjimatkan masa.
Ejen juga boleh membantu anda menguruskan dokumen, rundingan harga, dan menjelaskan terma yang mungkin sukar difahami, menjadikan proses pembelian lebih lancar.
Info tambahan:
Pastikan ejen hartanah yang anda pilih mempunyai No. REN (Real Estate Negotiator) atau PEA (Probationary Estate Agent) yang sah. Anda boleh menyemak status ejen tersebut di laman web rasmi LPPEH (Lembaga Penilai, Pentaksir, dan Ejen Hartanah) untuk memastikan mereka berlesen dan diiktiraf oleh pihak berkuasa.
Dengan bantuan ejen hartanah berdaftar, anda boleh membeli rumah dengan keyakinan tanpa perlu risau terjerat dengan penipuan atau maklumat yang tidak sahih.
Soalan Lazim yang Sering Ditanya:
"Kalau saya tiada slip gaji, bolehkah saya beli rumah?"
Ya, anda boleh menggunakan penyata bank sebagai bukti pendapatan.
"Apa yang perlu saya periksa semasa melawat rumah?"
Periksa keadaan struktur, dinding, sistem paip, dan elektrik.
Membeli rumah bukan lagi mimpi yang mustahil. Dengan perancangan yang betul, anda boleh memiliki rumah idaman anda.
Jika anda memerlukan panduan lanjut atau sedang mencari rumah yang sesuai, Klik Icon Whatapp Atau Klik Icon Form Di Bawah
Untuk Isi Borang Pencarian hartanah anda dan Saya Akan membantu anda mencapai impian memiliki rumah.