Menjual rumah bukan sekadar letak iklan dan tunggu pembeli. Ia satu proses yang perlukan perancangan, kefahaman, dan langkah yang tersusun. Dalam panduan ini, saya kongsikan langkah demi langkah cara jual rumah di Malaysia secara lengkap dengan tips berguna supaya anda dapat uruskan jualan dengan lebih mudah, cepat dan berbaloi.
Sama ada anda pertama kali nak jual, atau pernah jual sebelum ini tapi mahu lebih teratur, panduan ini akan bantu anda buat keputusan yang lebih yakin. Jom kita mula!
1.Tetapkan Harga Jualan Rumah
a) Elakkan emosi: Jangan biarkan nilai sentimental mempengaruhi harga.
b) Semak harga pasaran: Gunakan khidmat penilai bertauliah, jurubank, atau ejen hartanah untuk mendapatkan anggaran harga yang sesuai.
c) Pertimbangkan pesaing: Bandingkan harga rumah anda dengan rumah lain di kawasan yang sama.
d) Faktor tambahan: Ambil kira lokasi, keadaan rumah, dan permintaan semasa.
e) Sediakan ruang untuk rundingan: Tetapkan harga sedikit lebih tinggi untuk memberi ruang tawar-menawar.
2. Kira Kos Menjual Rumah
a) Kos guaman: Lantik peguam untuk menguruskan dokumen jual beli.
b) Penalti 'lock-in period': Semak dengan bank jika terdapat penalti untuk penjualan awal.
c) Fi agensi hartanah: Jika menggunakan ejen, fi biasanya sekitar 3% daripada harga jualan.(tidak termasuk SST)
d) Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT): Fahami kadar cukai yang dikenakan berdasarkan tempoh pemilikan.
3. Kira Hasil Jualan Bersih
a) Jumlah jualan: Harga jualan rumah.
b) Tolak kos: Kurangkan semua kos yang terlibat seperti baki pinjaman, kos guaman, fi ejen, dan cukai.
c) Hasil bersih: Jumlah yang akan anda terima selepas semua kos ditolak.
4. Rancang Jangka Masa Jualan
a) Tempoh proses: Proses jual beli boleh mengambil masa antara 3 hingga 6 bulan. (bergantung kepada hartanah)
b) Perancangan: Pastikan anda merancang masa dengan baik, terutamanya jika anda perlu berpindah atau membeli rumah lain.
5. Penyediaan Dokumen Penting
a) Dokumen diperlukan: Salinan geran rumah, Perjanjian jual beli asal,Penyata baki pinjaman terkini,Bil cukai tanah dan cukai pintu terkini & Salinan kad pengenalan pemilik.
6. Sediakan Rumah Untuk Jualan
a) Kebersihan dan pembaikan: Pastikan rumah dalam keadaan bersih dan lakukan pembaikan kecil jika perlu.
b) Penampilan menarik: Susun atur perabot dengan kemas dan neutral untuk menarik minat pembeli.
7. Iklankan Rumah Anda
a) Platform iklan: Gunakan portal hartanah(platform berbayar biasanya lebih efektif), media sosial, dan ejen hartanah untuk memasarkan rumah anda. *
b) Gambar berkualiti: Ambil gambar yang terang dan jelas untuk menarik perhatian pembeli.'Angle' gambar juga memainkan peranan penting untuk memastikan gambar lebih 'hidup'.
8. Urus dan Bawa Pembeli Melawat Rumah (House Tour)
a) Atur lawatan: Jadualkan masa yang sesuai untuk pembeli melihat rumah.
b) Sedia maklumat : Bersedia menjawab soalan mengenai rumah dan kawasan sekitarnya. Juga sediakan juga jawapan kemungkinan berdasarkan fakta dan undang-undang.
9. Tandatangan Surat Tawaran
a) Surat tawaran: Dokumen yang menunjukkan minat pembeli untuk membeli rumah anda dengan harga yang ditawarkan.
b) Deposit : Pembeli biasanya akan membayar deposit sebagai tanda serius.
10. Tandatangan Perjanjian Jual Beli dan Tunggu Pindah Milik Selesai
a) Perjanjian Jual Beli (SPA): Dokumen rasmi yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
b) Proses pindah milik: Peguam akan menguruskan proses ini sehingga selesai.
11. Elakkan Perangkap Jualan Hartanah
a) Harga tidak realistik: Menetapkan harga terlalu tinggi boleh menyebabkan rumah sukar dijual.
b) Dokumen tidak lengkap : Pastikan semua dokumen tersedia untuk mengelakkan kelewatan.
c) Tidak menggunakan ejen berdaftar: Gunakan khidmat ejen hartanah yang berdaftar untuk memastikan proses berjalan lancar dan mengelakkan sebarang penipuan dalam transaksi terutamanya berurusan dengan Broker Haram/Individu Tidak Bertauliah/Ejen Tidak Berdaftar.
12. Pertimbangkan Menggunakan Khidmat Ejen Hartanah Berdaftar
Kelebihan Ejen Hartanah Berdaftar:
a) Membantu menetapkan harga yang sesuai.
b) Menguruskan dari permulaan proses sehingga serahan kunci.
c) Menyediakan nasihat profesional sepanjang proses jualan.
d) Mempercepatkan proses penjualan berdasarkan teknik pemasaran yang lebih efektif dan jaringan 'potential buyer' lebih ramai.
e) Mengurangkan risiko Scam/Fraud dan Urusan lebih selamat dari segi undang-undang.
f) Jaringan kerjasama yang lebih luas antara pihak Bank,Penilai,Peguam Hartanah dan pihak-pihak lain.
g) Info tambahan: Pastikan Ejen berdaftar di bawah LPPEH, ada REN/PEA/REA tag dan nombor pendaftaran.Boleh semak status ejen melalui website BOVAEAP(https://search.lppeh.gov.my/)
Apa yang dikongsikan dalam artikel ini mungkin cuma 30% daripada keseluruhan proses sebenar menjual rumah. Hakikatnya, urusan jual beli hartanah melibatkan pelbagai aspek teknikal, dokumen undang-undang, strategi pemasaran, dan rundingan yang tak semua orang ada masa,kepakaran dan pengalaman untuk uruskan sendiri.
Ya, memang anda boleh jual rumah tanpa ejen. Tapi tanpa ilmu, pengalaman dan perancangan yang betul, proses ini bukan sahaja memakan masa, malah boleh jadi tekanan yang tidak dijangka.
Jika anda mahu jual rumah dengan lebih lancar, cepat dan selamat, lantiklah ejen hartanah yang berdaftar dan berpengalaman. Itu keputusan yang bijak dan jauh lebih berbaloi.
Jika anda ingin menjual hartanah atau memerlukan khidmat ejen hartanah, Klik Icon Whatapp Atau Klik Icon Form Di Bawah
Untuk Isi Borang Penjualan hartanah anda dan Saya Akan membantu anda.