Laman ini bertujuan untuk membantu Orang Berinsurans dibawah Sistem Insurans Pekerjaan dalam pengurusan permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan. Setiap permohonan/tuntutan faedah SIP/EIS yang telah dihantar dan telah DILULUSKAN (Berdasarkan Seksyen 30 (1) & (2), Seksyen 32 & Seksyen 33 Akta Sistem Insuran Pekerjaan 2017 (AKTA 800)) adalah diwajibkan untuk berdaftar dibawah Program Penempatan Pekerjaan Semula (tertakluk dibawah Seksyen 44, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (AKTA 800)).
Oleh yang demikian, dibawah Program Penempatan Pekerjaan Semula, OB (Orang Berinsurans) hendaklah sentiasa (a). mematuhi apa-apa arahan oleh pihak PERKESO berkenaan program ini, (b). bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan & (c). perlu mengikuti atau menjalani apa-apa latihan sebagaimana yang ditentukan oleh PERKESO . Aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keberhasilan OB untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baharu.