Laman ini bertujuan untuk membantu Orang Berinsurans dibawah Sistem Insurans Pekerjaan dalam pengurusan permohonan faedah Sistem Insurans Pekerjaan. Setiap permohonan/tuntutan faedah SIP/EIS yang telah dihantar dan telah DILULUSKAN (Berdasarkan Seksyen 30 (1) & (2), Seksyen 32 & Seksyen 33 Akta Sistem Insuran Pekerjaan 2017 (AKTA 800)) adalah diwajibkan untuk berdaftar dibawah Program Penempatan Pekerjaan Semula (tertakluk dibawah Seksyen 44, Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (AKTA 800)).
Oleh yang demikian, dibawah Program Penempatan Pekerjaan Semula, OB (Orang Berinsurans) hendaklah sentiasa (a). mematuhi apa-apa arahan oleh pihak PERKESO berkenaan program ini, (b). bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan & (c). perlu mengikuti atau menjalani apa-apa latihan sebagaimana yang ditentukan oleh PERKESO. Aktiviti tersebut adalah bertujuan untuk meningkatkan tahap keberhasilan OB untuk mendapatkan peluang pekerjaan yang baharu.
Selepas Tuan/puan menghantar permohonan faedah SIP/EIS, Tuan/Puan akan menerima pesanan melalui E-Mel dan juga SMS (Pesanan Ringkas) yang mengatakan bahawa Tuan/Puan adalah di wajibkan untuk berdaftar dibawah Program Penempatan Pekerjaan Semula. Oleh itu, untuk pendaftaran Program Penempatan Pekerjaan Semula, Tuan/Puan perlulah bersedia untuk bekerja dan sentiasa aktif mencari pekerjaan dengan mengikuti program-program dibawah anjuran PERKESO.
Bagi Pendaftaran Program Penempatan Pekerjaan ini, Tuan/Puan adalah diminta untuk berdaftar di bawah Portal Pekerjaan MyFutureJobs dan diwajibkan untuk melengkapkan profil. (Sila rujuk panduan yang diberikan untuk melengkapkan Portal MyFutureJobs Tuan/Puan). Selepas pendaftaran Portal Myfuturejobs selesai dilakukan, Tuan/Puan perlu menghubungi Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Tuan/Puan bagi proses seterusnya iaitu Proses Penilaian Penempatan Pekerjaan (EPA) dan juga penerangan mengenai Pelan Komitmen Pekerjaan (ECP).
Sekiranya Tuan/Puan tidak berminat untuk mengikuti program ini, sila maklumkan kepada Pegawai dibawah seliaan Tuan/Puan untuk proses selanjutnya.