Untuk permohonan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) ke-2 sehingga ke-6, Sila ikuti langkah-langkah berikut ;-
Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan (EMP) yang ke-2 sehingga ke-6 hanya boleh dilakukan selepas 30 hari daripada elaun yang diterima sebelumnya. (cth ; Elaun ke-2 boleh dilakukan selepas 30 hari daripada elaun pertama diterima / Tuntutan Elaun ke-3 boleh dilakukan selepas 30 hari daripada tuntutan elaun ke-2 dilakukan dan seterusnya.)
Anda perlu mengemaskini Log Aktiviti Pencarian Pekerjaan di EIS Portal mengikut Pelan Komitmen Pekerjaan (ECP) yang telah ditentukan bersama Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan Tuan/Puan.
Setelah pengemaskinian Log Aktiviti Pencarian Pekerjaan dilakukan, Tuan/Puan boleh terus melakukan Permohonan Elaun Mencari Pekerjaan melalui portal EIS.
OB hendaklah melakukan permohonan Elaun Mencari Pekerjaan dalam tempoh 30 hari. PERKESO berhak untuk menolak tuntutan yang tidak dilakukan oleh OB sekiranya telah mencapai 30 hari daripada tempoh tuntutan yang sepatutnya kerana telah melanggar sek. 44 Akta 800 (Sistem Insuran Pekerjaan 2017).
Aktiviti pengemaskinian Log Pencarian Pekerjaan dan Permohonan EMP boleh dilakukan di dalam Sistem EIS Portal melalui pautan eis.perkeso.gov.my/eisportal/insured/login