AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 (AKTA 514)
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN, 1994 (AKTA 514)
FALSAFAH DAN PRINSIP
“ Tanggungjawab untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dengan melihat siapa yang mencipta risiko dan siapa yang bekerja dengan risiko”
– peraturan kendiri (self-regulation)
– perundingan (consultation)
– kerjasama dan penglibatan pekerja
Selepas pindaan 2022 terhadap OSHA 1994, FMA 1967 telah dimansuhkan dan fungsinya diserap ke dalam OSHA yang telah dipinda. Pindaan OSHA 2022 adalah berasaskan konsep kawal selia kendiri (self-regulation), di mana tanggungjawab utama bagi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak pada mereka yang mewujudkan risiko dan mereka yang bekerja dengan risiko tersebut.
Akta (The Act): Peraturan am yang tertakluk kepada kelulusan Parlimen.
Peraturan (The Regulation): Perincian sesuatu Akta, yang disahkan oleh Menteri.
Tatacara Amalan Industri (ICOP): Mana-mana kod, piawaian, peraturan, dan spesifikasi untuk menyokong Akta dan peraturan. Ia berfungsi sebagai garis panduan mandatori (wajib).
Garis Panduan (Guidelines): Dokumen yang membentangkan pendapat mengenai amalan baik yang tidak mempunyai kuasa undang-undang.