Ini adalah seksyen yang mewajibkan majikan melaporkan kemalangan:
(1) Tiap-tiap majikan hendaklah memberitahu pejabat keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang terdekat mengenai apa-apa kemalangan, kejadian berbahaya, keracunan pekerjaan atau penyakit pekerjaan yang telah berlaku atau yang mungkin berlaku di tempat kerja.
Seksyen 32, AKKP 1994Â
Prosedur aduan dan laporan ini diperincikan di bawah Peraturan AKKP (Pemberitahuan Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004, atau lebih dikenali sebagai NADOPOD.
Kriteria pelaporan adalah seperti berikut:
Kematian / Kecederaan Parah: Perlu lapor dengan segera melalui cara yang paling cepat (telefon/faks) dan disusuli dengan borang bertulis dalam masa 7 hari.
Kecederaan Tidak Parah (MC > 4 hari): Jika pekerja tidak dapat bekerja lebih dari 4 hari kalendar, majikan wajib lapor kepada JKKP dalam masa 7 hari selepas kejadian menggunakan Borang JKKP 6.
Penyakit/Keracunan Pekerjaan: Wajib lapor menggunakan Borang JKKP 7.