POLISAS ditubuhkan pada tahun 1976 dengan menggunakan bangunan Sekolah Menengah Teknik Kuantan sebagai kampus sementara dan dikenali sebagai Politeknik Kuantan. Pada tahun 1983, Politeknik Kuantan telah berpindah ke kampus baru di Semambu yang meliputi tapak seluas 75 hektar sebelum dibuka secara rasmi oleh KDYMM Sultan Pahang pada 9 November 1985. Kemudian, ia diberi nama sebagai Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah. Pada 16 Oktober 2002, keluasan tapak POLISAS berkembang kepada 105 hektar setelah menerima penyerahan premis Maktab Perguruan Tengku Ampuan Afzan, apabila maktab perguruan ini berpindah ke Kuala Lipis.

Selaras dengan perkembangan teknologi, POLISAS yang merupakan sebuah institusi Program Pendidikan Teknik dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi untuk melatih lulusan SPM, SPM (V) dan lulusan Politeknik KPT dan Sijil Kemahiran Malaysia pada peringkat diploma bagi memenuhi permintaan tenaga kerja separa profesional dalam bidang Kejuruteraan, Perdagangan dan Teknologi Makanan.

Sejajar dengan itu, aspek keselamatan dan kesihatan di tempat kerja diurus secara sistematik. Pelbagai aktiviti dan peralatan kejuruteraan yang digunakan berpotensi untuk berlakunya kejadian insiden dan kemalangan di dalam kampus.