DI HILIR FC JUNIORS
PROGRAM PEMBANGUNAN BOLA SEPAK AKAR UMBI BAWAH 12 TAHUN
Bagi memastikan modal insan bagi kelab ini tidak terhenti. Maka pada tahun 2017, DHFC mengambil inisiatif mewujudkan suatu program (DHFC Program) akademi pembangunan bola sepak bawah 12 tahun berpangkalan di Pekan Langkap, Perak dengan kerjasama dijalinkan SK Seri Langkap, Perak.
Ucapan penghargaan kepada En. Mohamed bin Che Ree merupakan Guru Besar ketika itu telah bersetuju memberi sokongan kuat kepada kewujudan program ini. Maka pada tahun berkenaan juga suatu program bola sepak telah bermula dengan pengenalan melalui Klinik Bola Sepak SK Seri Langkap yang dilansungkan pada 29 April 2017.
Program ini mendapat kerjasama daripada barisan kejurulatihan NFDP daerah Hilir Perak yang telah memberi khidmat bantu.
JOHAN BERGANDA TAHUN 2022 (DOUBLE)
Selepas berakhirnya pandemik Covid-19, latihan disambung semula dengan pelatih baharu di SK Seri Langkap, Perak yang telah menjadi pangkalan buat Juniors sejak 2017.
Tahun 2022 ini juga menjadi sejarah gemilang buat bola sepak SK Seri Langkap menamatkan penantian 10 tahun bergelar JOHAN dalam Kejohanan MSSD Hilir Perak 2022 dan kemudian mejadi JOHAN pula dalam Kejohanan anjuran bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia iaitu Liga Tunas KPM 2022 yang telah memberi ruang kepada pemain bawah 12 tahun yang tidak mengikuti Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) untuk bersaing.
Seterusnya SK Seri Langkap mewakili daerah Hilir Perak ke peringkat negeri Perak yang berlansung di Ipoh. Kejayaan DOUBLE SK Seri Langkap ini menjadi sejarah gemilang buat Program Pembangunan Di Hilir FC Juniors (DHFC Program).