AKADEMI DI HILIR FC
Bagi meneruskan kesinambungan program pembangunan bawah 12 (Di Hilir FC Juniors). DHFC telah mewujudkan program pembangunan bola sepak remaja (Akademi) dikelaskan kepada 2 kategori iaitu bawah 15 tahun dan 19 tahun.
Di Hilir FC U-19
LIGA REMAJA HILIR PERAK U-19 2019
Debut akademi ini pada tahun 2019 apabila PBDHP telah menganjurkan satu kejohanan iaitu Liga Remaja U-19 Hilir Perak (Piala Nga Kor Ming). DHFC telah mengadakan kerjasama Ketua Jurulatih SMK Sultan Abdul Aziz ketika itu, Encik Yazid Jamni.
Pemain pula menggabungkan pelajar SMK Sultan Abdul Aziz, Teluk Intan, SMK Abdul Rahman Talib (SMART) Teluk Intan dan SMK Dato' Sagor, Langkap.
Di Hilir FC U-14
PESTA BOLA MERDEKA U-14
2023
Pembentukan semula pemain akademi DHFC dalam kejohanan ini di Teluk Intan selepas pandemik Covid-19 melanda yang telah membuatkan aktiviti bola sepak terhenti seketika.
Pasukan ini dibarisi pemain dari SMK Dato' Sagor, Langkap, SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai dan seorang pemain bawah 12 tahun dari SK Seri Langkap.
Di Hilir FC U-19
LIGA REMAJA HILIR PERAK U-19 2023
Akademi DHFC menghantar penyertaan dalam edisi 2023 dengan diperkuatkan pemain dari SMK Dato' Sagor, Langkap dan SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai.
Pasukan ini dibarisi pemain berumur 14 sehingga 17 tahun yang mempamerkan semangat melawan kepada pasukan lain yang lebih ramai pemain berumur 17 ke 19 tahun.
Di Hilir FC U-16
PAFA JUNIOR MERDEKA CUP U-16 2024
Akademi DHFC menghantar penyertaan pemain bawah 16 tahun dalam dalam kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) .
Di Hilir FC U-16 telah berjaya mendapat NAIB JUARA kategori Cup dalam kejohanan ini.
Di Hilir FC U-19
LIGA REMAJA HILIR PERAK U-19 2024
Akademi DHFC menghantar penyertaan dalam edisi 2024 dengan diperkuatkan pemain dari SMK Dato' Sagor, Langkap, SMK Sultan Abdullah, Chenderong Balai dan SMK St. Anthony, Teluk Intan. Turut dibantu pemain akademi berusia 18 tahun.