SEJARAH AWAL DI HILIR FC
Dinamo Hilir FC atau singkatannya Di Hilir FC asalnya merupakan kelab bola sepak gabungan komuniti penyokong tegar pasukan bola sepak Perak dari daerah Hilir Perak & Bagan Datuk.
Kini bergerak sebagai sebuah kelab bola sepak amatur membangunkan bakat baharu daerah Hilir Perak yang berpangkalan di Pekan Langkap dalam DUN Sungai Manik
Diasaskan pada tahun 2015 oleh sekumpulan penyokong tegar pasukan bola sepak Perak (Lower Perak Troopers LPT) dari daerah Hilir Perak dan Bagan Datuk. Cadangan asal penubuhan pasukan bola sepak ini sebenarnya telah bermula lebih awal pada tahun 2014 lagi.
Dari sorakan di stadium terus ke padang bola.
Pada perlawanan ini DHFC telah mencatatkan kemenangan 1-0 hasil jaringan penyerang utama kelab ketika itu Ruzaini.
PERLAWANAN PERTAMA DALAM SEJARAH
Perlawanan persahabatan menentang TSW FC dari Lembah Klang pada 14 Ogos 2016 (Ahad) di Stadium Mini MPTI, Teluk Intan merupakan perlawanan bersejarah pertama DHFC sejak diasaskan pada tahun 2015.
PIALA TPM 2016
Kejohanan ini menjadi pengenalan kepada penglibatan DHFC dalam kancah bola sepak domestik secara serius. Di sini menjadi titik tolak DHFC menyertai Liga Hilir Perak Tahun 2017 yang dikelolakan oleh Persatuan Bola Sepak Daerah Hilir Perak (PBDHP).