SKEL MINOR
Skel minor terbahagi kepada tiga iaitu natural minor, harmonic minor dan melodic minor.
Skel natural minor terbentuk apabila lapan not disusun secara menaik atau menurun mengikut struktur atau teknik yang telah ditetpkan.
Not pertama ke not kedua mempunyai jarak satu ton manakala not kedua ke not yang ketiga mempunyai jarak satu semiton atau separuh ton. Seterusnya, not ketiga ke not keempat dan not keempat ke not yang kelima mempunyai jarak satu ton. Akan tetapi not kelima ke not yang keenam mempunyai jarak satu semiton. Akhir sekali, not keenam ke not ketujuh dan not ketujuh ke not yang kelapan mempunyai jarak satu ton.
Skel harmonik minor terbentuk sama seperti skel natural minor akan tetapi pada not ketujuh perlu dinaikkan satu semiton.
Not pertama ke not kedua mempunyai jarak satu ton manakala not kedua ke not yang ketiga mempunyai jarak satu semiton atau separuh ton. Seterusnya, not ketiga ke not keempat dan not keempat ke not yang kelima mempunyai jarak satu ton. Akan tetapi not kelima ke not yang keenam mempunyai jarak satu semiton. Kemudian, not keenam ke not ketujuh mepunyai jarak satu ton setengah bersamaan satu ton tambah satu semiton. Akhir sekali not ketujuh ke not kelapan mempunyai jarak satu ton.
Pembentukan skel melodik minor sama seperti skel minor yang lain. Terdapa sedikit perbezaan iaitu pada not keenam dan ketujuh semasa menaik perlu dinaikkan satu semiton manakala semasa menurun not keenam dan ketujuh dikebalikan seperti asal.
Semasa skel ditulis secara menaik not pertama ke not kedua mempunyai jarak satu ton manakala not kedua ke not yang ketiga mempunyai jarak satu semiton atau separuh ton. Seterusnya, not ketiga ke not keempat dan not keempat ke not yang kelima mempunyai jarak satu ton. Kemudian, not kelima ke not yang keenam mempunyai jarak satu ton begitu juga terhadap not keenam ke not ketujuh. Akhir sekali, not ketujuh ke not kelapan mempunyai jarak satu semiton.
Manakal semasa skel ditulis secara menurun not pertama ke not kedua mempunyai jarak satu ton begitu juga dengan not kedua ke not ketiga. Seterusnya, not ketiga ke not keempat mempunyai jarak satu semiton manakala not keempat ke not kelima mempunyai jarak satu ton. Kemudian, not kelima ke not yang keenam mempunyai jarak satu ton manakala not keenam ke not ketujuh mempunyai jarak satu semiton. Akhir sekali, not ketujuh ke not kelapan mempunyai jarak satu ton.
TONTON VIDEO INI UNTUK PEMAHAMAN YANG LEBIH MENDALAM.