METER LAZIM
Meter lazim terbentuk apabila semua detik boleh dibahagikan sama rata kepada dua nilai not yang serupa. Contohnya, meter 2/4, 3/4, 4/4. Tambahan pula, meter lazim selalunya nombor di bahagian atas lebih kecil berbanding nombor di bahagian bawah.
METER LAZIM DUAAN
Meter lazim duaan 2/4 mempunyai dua detik krocet pada setiap bar. Manakala jika ia meter lazim 2/2, terdapat dua detik minim pada setiap satu bar dalam sesebuah penulisan muzik.
METER LAZIM TIGAAN
Meter lazim tiagaan pula, jika meternya 3/4 terdapat tiga detik krocet dalam setiap satu bar.
METER LAZIM EMPATAN
Meter lazim empatan 4/4,terdapat empat detik krocet pada setiap bar. Tambahan pulak meter lazim 4/2 mempunyai empat detik minim dalam setiap bar