SKEL MAJOR
Skel major mempunyai struktur yang dibina daripada dua tetrakod yang diasingkan dengan satu ton. Setiap tetrakod terdiri daripada dua langkah jarak satu ton dan diikuti dengan satu langkah separuh ton atau satu semiton.
Not pertama ke not yang kedua mempunyai jarak satu ton, begitu juga dengan not kedua dan ketiga. Not ketiga dan keempat mempunyai jarak separuh ton atau semiton. Hal ini berulang kembali kepada not keempat ke kelima mempunyai jarak satu ton. Seterusnya, not kelima dan keenam mempunyai jarak satu ton begitu juga dengan not keenam dan ketujuh. Manakal not ketujuh dan kelapan mempunyai jarak satu semiton.
Teknik untuk membina skel major.
( T mewakili satu ton manakala ST mewakili satu semiton)
UNTUK PEMAHAMAN YANG LEBIH LANJUT SILA TONTON VIDEO INI !