Bersilat, bersilat juga, ikatan silaturrahim jangan dilupa!
Mengenali hati budi rakan-rakan sekeliling dengan cara yang menyeronokkan!
Pada 23 Februari 2020, CHUM dan CHASUM (Cekak Hanafi Asasi Sains Universiti Malaya) telah mengadakan sebuah aktiviti Group Bonding bersama ahli-ahli persatuan yang bertempat di Dengkil, Selangor. Gabungan dua persatuan yang satunya terdiri daripada pelajar ijazah sarjana dan satu lagi adalah daripada pelajar asasi adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturrahim disamping dapat bertukar-tukar pengalaman kehidupan di universiti.
Pada 23 April 2022, CHUM dan CHASUM (Cekak Hanafi Asasi Sains Universiti Malaya) telah mengadakan sebuah Majlis Iftar Ramadan. Program ini bertujuan untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan yang sedia terjalin antara ahli persatuan dan memupuk kesedaran ahli persatuan, jurulatih dan penasihat persatuan terhadap budaya beramal ibadat di bulan Ramadan.
Pada 28 Mei 2022, CHUM dan CHASUM (Cekak Hanafi Asasi Sains Universiti Malaya) telah mengadakan sebuah aktiviti Group Bonding yang kedua bersama ahli-ahli persatuan yang bertempat di Janda Baik, Pahang.
Pada 3 Disember 2022, CHUM dijemput ke Maahad Sains Ihya’ Al-Ahmadi di Banting bagi mengajar dan melakukan demonstrasi silat bagi meningkatkan semangat persilatan dalam kalangan pelajar maahad yang mempelajari silat.
Pada 7 April 2023, CHUM telah mengadakan Majlis Iftar Ramadan di Restoran Capsicum Steamboat & Grill, Shah Alam.
Pada 6 Mei 2023, CHUM menerima pelajar pertukaran dari Thailand untuk menjalankan kajian akademik mengenai Silat Cekak Hanafi. CHUM menerima 4 orang pelajar, termasuk 1 lelaki dan 3 perempuan.
Pada 24 Jun 2023, CHUM telah mengadakan Majlis Makan Akhir Tahun 2023 bagi menutup tirai sesi 2022/2023. Majlis ini bertujuan untuk meraikan segala usaha dan jasa ahli-ahli persatuan dalam menjayakan aktiviti persatuan sepanjang sesi 2022/2023.