DIMANAKAH LOKASI JMTI ?
JAPAN MALAYSIA TECHNICAL INSTITUTE (JMTI) terletak di 59, Lorong Bukit Minyak 15, Kawasan Perindustrian Bukit Minyak, 14100 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
2. ADAKAH JMTI INSTITUSI KERAJAAN ATAU SWASTA ?
JMTI sebuah pusat pengajian Insitusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA)100% milik Kerajaan Malaysia di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia.
3. APAKAH PROGRAM SEPENUH MASA YANG DITAWARKAN DI JMTI dan JANGKA MASA PENGAJIAN?
JMTI menawarkan 3 PROGRAM yang mendapat pengiktirafan dari MQA, JPK, Industri dan Badan Profesional seperti :
Program Diploma Teknologi - Lepasan SPM
*Tempoh Pengajian = 3 Tahun (30 bulan pengajian + 6 bulan praktikal)
Program Diploma Teknologi / Diploma Kemahiran Malaysia - Lepasan SKM Tahap 3 (18 Bulan)
*Tempoh Pengajian = 18 Bulan (12 bulan pengajian + 6 bulan praktikal)
Program Diploma Lanjutan Teknologi - Lepasan DT / DKM
*Tempoh Pengajian = 18 Bulan (12 bulan pengajian + 6 bulan praktikal)
Keterangan Kursus Klik sini >> https://bit.ly/ProgramDitawarkanJMTI
4. APAKAH BIDANG TEKNOLOGI YANG DITAWARKAN DI JMTI ?
JMTI menawarkan 4 (Empat) bidang teknologi seperti :
Teknologi Elektronik
Teknologi Mekatronik
Teknologi Komputer Sistem
Teknologi Pembuatan (Pemesinan)
Keterangan bidang Klik sini >> https://bit.ly/ProgramDitawarkanJMTI
5. APAKAH SYARAT KEMASUKAN KE PROGRAM YANG DITAWARKAN ?
JMTI menawarkan 3 KATEGORI PROGRAM (rujuk soalan no 3). Setiap program mempunyai syarat kemasukan yang berbeza
Rujuk sini >> https://bit.ly/SyaratKemasukanProgramJMTI bagi mendapatkan maklumat berkaitan syarat setiap program.
6. DIMANA SAYA BOLEH MENDAPATKAN MAKLUMAT BERKENAAN KURSUS YANG DITAWARKAN ?
Laman Sesawang Rasmi JMTI : http://www.jmti.gov.my
Telefon : 04-5087800 samb 8331
Email : adminjmti@jmti.gov.my
Portal BPPL JMTI : https://bit.ly/PortalBPPL_JMTI
Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan JMTI
u/p : Ts. Alfino Bin Asmana
Pegawai Promosi JMTI
Telefon : 013-4337270
Email : bppl.jmti@gmail.com
7. BILAKAH SESI KEMASUKAN PELAJAR KE JMTI ?
Sesi kemasukan ke JMTI dilakukan pada bulan JULAI dan JANUARI setiap tahun (2x pengambilan setahun)
8. BILAKAH PENDAFTARAN KE JMTI DIBUKA ?
Pendaftaran ke JMTI DIBUKA SEPANJANG TAHUN dengan mengisi borang permohonan dalaman dan tertakluk kepada syarat kelayakan yang ditetapkan.
Pautan borang dalaman permohonan ke JMTI >> http://bit.ly/BorangOnlineJMTI
9. BAGAIMANA SAYA BOLEH MEMOHON KEMASUKAN KE JMTI ?
Terdapat 3 KAEDAH PERMOHONAN kemasukan ke JMTI
Melalui Pendaftaran UPU Online : https://upu.mohe.gov.my/
Melalui Pendaftaran JTM Online : http://jtm.gov.my
Pautan Borang permohonan terus ke JMTI : http://bit.ly/BorangOnlineJMTI
10(a). APAKAH LALUAN KERJAYA SELEPAS TAMAT DI JMTI ?
10(b). APAKAH LEPASAN DIPLOMA JMTI LAYAK SAMBUNG BELAJAR KE PERINGKAT LEBIH TINGGI ?
JMTI mempunyai bilangan data dan rekod menunjukkan 92% kebolehpasaran kerja (pelajar bekerja) sejurus pelajar tamat pengajian.
Selebihnya pelajar menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dan bekerja di perkhidmatan awam.
Pelajar lepasan JMTI mempunyai peluang kerjaya yang lebih cerah dengan 5 pilihan laluan kerjaya yang disediakan seperti rajah di bawah.
11. ADAKAH JMTI MENJALANKAN LATIHAN KEMAHIRAN SAHAJA ?
Tidak. Pembelajaran di JMTI merangkumi pecahan matapelajaran Teori (40%), Amali (60%) dan Subjek Umum seperti Matematik, Sains, Bahasa Inggeris, Agama / Moral, Fizik yang masih diajar dan amat diperlukan dalam melahirkan tenaga mahir yang kekal berilmu.
12. APAKAH KEMUDAHAN YANG TERDAPAT / DISEDIAKAN DI JMTI ?
JMTI menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar bagi memastikan pelajar sentiasa selesa menjalani pembelajaran di JMTI. Antara kemudahan yang disediakan ialah :
Bilik Kuliah dan makmal yang berhawa dingin
Bilik Asrama yang selesa (2 pelajar setiap bilik)
Kemudahan air penapis Cuckoo di setiap blok asrama dan bangunan utama
Kafeteria
Tempat Riadah (bola tampar, futsal, memanah, bola jaring, pingpong)
Dobi layan diri
Kedai Runcit
13. BERAPAKAH JUMLAH YURAN PENGAJIAN DAN ASRAMA ?
Yuran yang dikenakan terbahagi kepada 2 iaitu Yuran Pengajian dan Yuran Asrama (Penginapan)
Yuran Pengajian = RM1500.00 per semester (6 bulan) x bilangan semester pengajian
Semester praktikal tiada yuran pengajian
Yuran Asrama (Penginapan) = RM308.00 per semester
Makan minum PERCUMA 4x sehari disediakan di dewan makan bagi pelajar yang menginap di asrama sahaja
Semester praktikal tiada yuran asrama
14. ADAKAH BIASISWA / PINJAMAN DISEDIAKAN DI JMTI ?
Terdapat pelbagai sumber pembiayaan yuran pengajian dan asrama yang disediakan di JMTI seperti :
Biasiswa Dermasiswa JPA bagi program kemasukan pelajar lepasan SPM sahaja
Biasiswa selama 3 tahun ditaja sepenuhnya oleh JPA bagi golongan B40
Pinjaman PTPK Tabung Pembangunan Kemahiran >> http://www.ptpk.gov.my/
Biasiswa OKU (Orang Kurang Upaya)
Tajaan dari pihak Industri