Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dianggotai oleh dua puluh (20) pelajar yang terpilih melalui proses pengundian.
MPP Institut Teknikal Jepun-Malaysia (JMTI) ditubuhkan bagi memberi pendedahan dan pengalaman pada pelajar menjadi pemimpin di masa depan
MPP juga menjadi saluran bagi para pelajar mengemukakan masalah dan cadangan mereka kepada pihak Institut.
MPP membantu pihak pengurusan Institut menangani masalah disiplin pelajar dan mengenalpasti keperluan serta kebajikan pelajar.
MPP bertindak menghidupkan suasana institut dengan pelbagai program dan aktiviti untuk pelajar.
Melahirkan barisan pemimpin pelajar yang berwibawa.
Membantu pelajar mendapatkan kemudahan di samping memaksimumkan penggunaan kemudahan sedia ada.
Berusaha mempelbagaikan aktiviti pelajar.
Menggalakkan penyertaaan aktif pelajar dalam perlaksanaan setiap aktiviti yang dirancang.
Menyalurkan segala permasalahan dan cadangan berhubung kebajikan pelajar kepada pihak pengurusan.
Menjadi role model terbaik kepada pelajar lain
Menjadi perantara di antara pelajar JMTI dengan pihak pengurusan ataupun sebaliknya dan menyediakan satu saluran pembangunan diri untuk pelajar dari aspek sahsiah, akademik dan kokurikulum.
Memastikan kebajikan dan hak pelajar JMTI tidak terabai serta memastikan pelajar dapat menikmati keselesaan dan kemudahan di JMTI bagi memudahkan pembelajaran pelajar.