Portal Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) ini adalah media alternatif dalam menyampaikan maklumat kepada pelajar, waris dan orang awam berkenaan dengan segala aktiviti dan perancangan Bahagian BPPL selain Laman Web rasmi JMTI : http://www.jmti.gov.my. Tujuan utama portal ini adalah bagi memudahkan para pelajar, bekas pelajar, pensyarah & majikan untuk berurusan dengan pihak BPPL secara dalam talian.
Menyediakan Perancangan Aktiviti Latihan Tahunan JMTI.
Menguruskan Pengambilan dan Pendaftaran Pelajar Baru.
Menyelaraskan Aktiviti Minggu Suaikenal (MSK)
Menguruskan Dokumen Permohonan Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK)
Menguruskan dan Memantau Bayaran Susulan Pinjaman PTPK
Menyelaraskan Pilihanraya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).
Menyelaraskan dan Memantau Aktiviti MPP.
Menguruskan Sistem Pengurusan e-Penilaian Latihan (SPePL).
Menguruskan Perolehan dan Tuntutan Insuran Pelajar.
Menguruskan Perhimpunan Pelajar bersama Pengarah.
Menguruskan Majlis Anjuran JMTI berkaitan Pelajar dan Waris seperti Majlis Pra-Graduasi dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik
Menguruskan Proses Temuduga Pengambilan Pelajar Baru.
Urusetia kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTP I).
Menguruskan Hal Ehwal Pelajar, Kebajikan dan Disiplin Pelajar JMTI Yang Berada Di Dalam dan Di Luar Asrama.
Menguruskan Rekod Semasa Pelajar JMTI