Program ini terbuka kepada ibu, ayah, bakal ibu ayah, penjaga serta sesiapa yang berminat untuk mendapatkan sokongan dan maklumat berkaitan keibubapaan serta penyusuan susu ibu.
Ya, anak-anak anda dialu-alukan untuk turut serta. Ini adalah program yang mesra bayi dan kanak-kanak :)
Malangnya tidak :( Namun dalam beg goodies yang disediakan terdapat sedikit snek ringan seperti roti. Tetapi makanan sarapan pagi dan makan tengah hari berbungkus hanya disediakan untuk peserta dewasa yang berdaftar. Ibu bapa digalakkan menyediakan makanan dan minuman sendiri untuk anak-anak.
Ya, Kids Corner disediakan untuk kegunaan anak-anak sepanjang program.
Tidak. Kids Corner bukan perkhidmatan penjagaan kanak-kanak. Semua bayi dan kanak-kanak hendaklah sentiasa berada di bawah pengawasan ibu bapa atau penjaga masing-masing.
Tidak. Fi komitmen hanya dikenakan kepada peserta dewasa yang berdaftar.
Fi komitmen membantu pihak penganjur menguruskan tempahan makanan, bahan program dan kemudahan dengan lebih terancang serta mengurangkan ketidakhadiran pada hari program.
Tidak perlu. Simpan sahaja resit pendaftaran untuk rujukan.
Ya. Program ini sangat sesuai untuk ibu hamil, ibu menyusu, pasangan serta ahli keluarga yang ingin menambah pengetahuan dan membina rangkaian sokongan.
Sudah tentu boleh. Kami menggalakkan kehadiran pasangan kerana sokongan keluarga memainkan peranan penting dalam perjalanan keibubapaan dan penyusuan susu ibu.
Ya, kemudahan parkir tersedia secara percuma di lokasi program (tertakluk kepada kekosongan).
Anda boleh hubungi pihak Urus Setia Program melalui Whatsapp ke nombor berikut: 011-2093 2251
Ya, stroller dibenarkan. Namun, perlu diletakkan di tempat yang telah dikhaskan.
Ya, kemudahan surau dan tandas tersedia di lokasi.
Ya, ibu menyusu boleh menggunakan kemudahan surau di KL Wellness City.
Fi komitmen yang telah dibayar tidak boleh dipulangkan kecuali dalam keadaan tertentu yang diputuskan oleh pihak penganjur.