Tahniah ibu & ayah atas kehamilan ini!
Sepanjang kehamilan, setiap pilihan yang dibuat oleh ibu samada makanan, minuman, aktiviti harian termasuk waktu tidur memberi kesan kepada kesihatan ibu dan tumbesaran bayi.
Jika tabiat anda sebelum ini bagi anda kurang memuaskan, jangan risau, anda tidak perlu menjadi sempurna.
Jom mula untuk fokus kepada perubahan kecil yang boleh diamalkan setiap hari. Langkah kecil yang konsisten memberi manfaat besar kepada ibu dan bayi.
Seperti yang anda telah ketahui, tempoh 1000 Hari Pertama Kehidupan anak anda adalah sangat penting kerana pertumbuhan dan perkembangan otak sedang berlaku pada tempoh ini. Selain itu, kesihatan organ seperti jantung dan juga sistem pertahanan tubuh dari penyakit juga sedang berkembang.
Oleh itu, pemakanan yang sihat oleh ibu dan ayah adalah amat penting dan sangat diperlukan oleh anak anda ketika berada dalam kandungan!
Jika anda berasa gusar atau keliru tentang apa yang perlu dibuat untuk memastikan kehamilan yang sihat, usah risau, kami di sini akan bersama-sama anda dalam perjalanan kehamilan ini. Anda boleh mulakan dengan langkah-langkah berikut:
🌱 Langkah 1: Ketahui jumlah makanan yang perlu diambil semasa hamil
🌱 Langkah 2: Cara makan yang sihat dan seimbang semasa hamil
🌱 Langkah 3: Ambil tahu nutrien yang kritikal semasa hamil